Sunday, November 24, 2019

SIHIR #3

Assalammualaikum.
Perkongsiaan di petang ini. Antara 20 orang pesakit yang dirawat hari ini. Membawa barang sihir.
Tujuan asal sebelum ini dia berjumpa dengan seorang Ustaz Rukyah Darul #####. Rumah hadapan masjid. Pada awalnya memang nampak warak. Kali pertama pergi hanya buat melalui limau dan air. Kali kedua melalui beras. Kali ketiga diberikan 'kain yang dibunjut atas dan bawah, dalamnya terdapat lakaran dan tulisan siam serta simbol2 tertentu' . Setelah "diperiksa", didapati kain ini adalah kain ikat mayat. Disahkan oleh pesakit tadi bahawa ustaz tersebut memang kerjanya uruskan jenazah. Selepas pesakit membawa balik ke rumah. Badan jadi berat dan sakit2. Tidur terkejut2. Selalu bergaduh dengan suami sehingga hampir cerai. Tujuan asal berjumpa ustaz tadi adalah untuk menundukkan suami. Tapi lain pula yang jadi.... dapat sakit. Hati-hatilah dalam melalui proses rawatan...

SEBARANG TEMUJANJI RAWATAN TRADISIONAL ISLAM HUBUNGI CAWANGAN BERDEKATAN :

KLANG / SELANGOR  Tabib Ustaz Zainuddin : http://Wasap.my/60176780372/PerubatanKlang

IPOH Tabib Ustaz Ferdaus : http://Wasap.my/60175085536/PerubatanIpoh

TELOK INTAN Guru Firdaus http://Wasap.my/60194449132/PerubatanTelokIntan

SIHIR #2

Mendapat pesanan Whatsapp daripada seorang pengadu berkaitan gangguan SIHIR yg dibuat oleh ibunya sendiri atas sebab hasad dengki & iri hati melihat keluarga anaknya & adik beradiknya bahagia .

suami kpd ibunya telahpun meninggal dunia .

pelbagai alat sihir yg ibunya sediakan demi mencapai impiannya. hasilnya,  suami kpd adiknya mengalami sakit dalaman sehingga doktor pakar pun tidak tahu dan akhirnya meninggal dunia

dan hubungan anaknya dgn ibunya dingin dan selalu bergaduh 

semoga ibu beliau berubah mendapat hidah serta meninggalkan perkara yg syirik

TEMUJANJI RAWATAN
Pusat Rawatan Tradisional Islam
Tabib Ustaz Zainuddin
017-6780372




SIHIR #1

Inna Lillahi Wa inna ilaihi roojiun .. 

Baru sahaja mendengar khabaran dari waris pesakit yg baru saya scan dan rawat pada 23 November 2019 telah pun meninggal dunia pada 25 November 2019 akibat TERKENA SIHIR setelah 2 minggu mengalami sakit kanser hati tahap 4 & kanser usus tahap 4 dan juga busong .

Apa yg saya scan , saya nampak 4 makhluk dibelakangnya yg buat kerja sihir ni .wallahu a'lam

sblm ni ramai juga perawat ruqyah datang berubatkan beliau namun masih tetap sama .

apabila beliau bercadang nak berubat dgn Tuan Guru Shekh Buya Shamsudin pada 25 November 2019 . tapi tak kesampaian disebabkan beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada malam sebelumnya .

hal ini dibimbangi akan berlarutan kepada ahli keluarga si mati . jadi kami berusaha memagarkan rumah dan tempat kerjanya

Moga beliau aman disana dan dijauhkan drpd azab kubur & neraka

aamiin ...
hubungi saya untuk temujanji rawatan jika anda mengalami masalah gangguan

Perawat Tradisional Islam
Tabib Ustaz Zainuddin
017-6780372


Sunday, November 17, 2019

TANDA SAKA / SIHIR

[27 TANDA TERKENA SIHIR / SAKA
# Cuba chek sekarang ada tak tanda2 ni!!
.
.
Siapa yang terkena sihir memang tidak akan sedar mereka mempunyai simptom sihir. Untuk mengetahui sama ada terkena gejala sihir atau tidak, tanda terkena sihir buatan orang dan kesan sihir seperti di bawah.
.
.
1 - Kerap sakit belakang, bahu tengkuk dan urat belikat kerap sakit

2 - Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati

3 - Kerap rasa resah gelisah, berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu asar ke atas

4 - Kerap sakit kepala walau makan ubat tetap sakit

5 - Kerap kembung perut, sendawa angin

6 - Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari (wanita)

7 - Kitaran haid tak normal

8 - Lambat mendapat zuriat

9 - Menjadi rimas, lemas, cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri

10 - Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil

11 - Ketika marah kerap meminta cerai

12 - Tidak suka tidur bersama

13 - Nafsu tiada terhadap pasangan

14 - Tercium bau badan busuk, hanyir, nafas berbau pada tubuh pasangan

15 - Suka bersendiri di dalam bilik

16 - Tidak suka tempat-tempat yang bising

17 - Sukar atau susah tidur pada waktu malam

18 - Kerap mimpi baby menyusu dan bermain bayi

19 - Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa

20 - Kerap mimpi pasangan kita curang

21 - Perasaan curiga cemburu buta yang kuat

22 - Kerap bermimpi tempat kotor busuk

23 - Kerap terbau kemenyan, colok setanggi

24 - Bila berjauhan dengan pasangan perasaan rindu sayang amat-amat menebal

25 - Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali atau dikenali

26 - Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran

27 - Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain

HUBUNGI UNTUK TEMUJANJI RAWATAN :

Tabib Ustaz Zainuddin ( Klang ) 0176780372

Tabib Ustaz Firdaus ( ipoh )
0175085536

Tabib Guru Firdaus ( Telok intan )
0194449132


Friday, November 15, 2019

SAKA #5

Allahhu Akhbar. Antara kes yang banyak dirawat. Pesakit nazak tetapi belum dipermudahkan Allah.  Semua pun kuasa Allah. Kita hanya melaksanakan tanggungjawab Hablum minannas. Pesakit telantar sebulan di hospital. Pelbagai usaha dan bermacam perawat dah datang, belum berhasil membantu memudahkan urusan pesakit. Tapi setelah kami bantu, penderitaan pesakit berakhir. Semoga Allah swt merahmati arwah. Aamiin.



Monday, November 11, 2019

GANGGUAN SAKA

Sepanjang pengalaman saya merawat pesakit-pesakit ganguan ghaib, Saya perhatikan kebanyakan pesakit yang menderita akibat gangguan saka kehidupannya agak terjejas dengan pelbagai masalah antaranya:

1. Rumahtangga sentiasa panas dan kadang-kadang suami isteri tidak boleh tidur bersama sebab selalu keluar darah dari rahim.

Jadi kepada orang yang mengalami keadaan macam ini cuba ingat kembali ada atau tidak dia mengamalkan jampi-jampi atau mentera-mentera yang pernah diberi oleh orang dahulu-dahulu untuk naik seri muka untuk nampak cantik, belajar silat yang mengandungi syarat-syarat tertentu atau bacaan tertentu, menerima amalan dari ahli keluarga yang tua, ada menyimpan keris, kacip, alatan untuk merawat (bomoh), atau pun alat muzik lama (ada upacara mengasap atau syarat-syarat) yang masih disimpan.

Jika ada, buang jampi-jampi dan barang-barang itu dan jangan diamalkan.

2. Banyak berlaku perkara-perkara pelik dalam hidupnya.

Contohnya berjumpa orang tua di belakang rumah. Dia singgah di lebuh raya jumpa orang tua masuk dalam tandas. Dia tunggu di luar orang itu tidak keluar-keluar. Bila masuk dalam tandas tidak ada pun orang tua itu.

Ini gejala saka yang ikut kita. Dia hendak tunjuk yang dia mendampingi kita.

3. Tidak berupaya hidup dengan sempurna kerana mengidap pelbagai penyakit. Doktor tidak dapat mengesan penyakitnya.

Ada orang yang dilanda penyakit gatal seluruh badan. pergi pakar kulit elok , check buah pinggang elok tetapi kulit gatal sungguh-sungguh. Gatal yang sampai tak tau nak garu dimana lagi.

Orang begini ini selalunya disebabkan saka

Rawat gangguan saka itu dan bina benteng perlindungan diri dengan berjumpa pakar-pakar rawatan islam. Amalkan dengan konsisten zikir-zikir yang di sarankan bagi memberi perlindungan pada keluarga.

4. Orang yang ada gangguan saka tidak suka bergaul dan tidak suka hidup bermasyarakat. Dia suka hidup sendirian. Rumah tidak buka tingkap. Lebih suka duduk dalam bilik yang gelap, suka bercakap sorang-sorang.

Kenduri tidak datang dan orang mati pun tidak melawat. Ceramah agama pun tidak datang. Dia membawa halnya sahaja.

5. Sangat sensitif dengan kata-kata orang. Orang cakap sikit ambil hati.

6. Mengetahui perkara-perkara yang tidak diketahui oleh orang lain.

Boleh cari barang yang hilang, adakala ramalan nya tepat tetapi itu adalah bantuan jin pendamping. Haram hukumnya kita meminta pertolongan darinya.

Tiba-tiba boleh merawat selepas sihat dari jatuh sakit yang lama dan terbaring.Ini kerana ada pejanjian yang telah dipersetujui untuk kembali kan kesihatannya seperti asal. Perjanjian itu menyebabkan dia sembuh dan tiba-tiba boleh merawat. Rawatan nya melibatkan upacara menurun.

7. Cucu yang datuknya mempunyai saka suka menangis. Kecil-kecil kuat menangis kerana tokwannya membela saka. Selain itu kedegilan dan nakal nya amat berlainan sekali. Kalau menangis, menangis semahu mahunya dan sukar untuk dipujuk.

8. Orang-orang yang ada saka kehidupannya tidak tenteram.

9. Selalu mimpi bersetubuh, isteri merasakan bersama suami tetapi sebenarnya itu adalah jin yang mendampingi suami.

10. Ada juga jin saka yang sudah jatuh cinta pada anak cucu tuannya, akibat nya mangsa sukar untuk kahwin dan ada hubungan dengan pasangan, ada yang sudah berkahwin tetapi pihak suami merasa takut dan pada pandangan matanya wajah isteri berubah menjadi lebih tua serta menakutkan.

11. Kerap mengalami keguguran tanpa alasan. Setiap kali hamil, tiba-tiba janin hilang. Semasa scan ada janin.. tiba-tiba hilang.

12. kebanyakan lelaki yang mengalami gangguan saka, orang nya panas baran yang melampau, suka memaki hamun dan tidak boleh dibawa berbincang, dan ramai yang tidak mengaku diri nya sakit ada gangguan. Isteri boleh memerhati tanda-tanda ini pada pihak suami, semasa tidur perhatikan ada tak suami bercakap-cakap, meracau, mata tetutup rapat tetapi anak mata bergerak-gerak, jika ada kemungkinan besar suami mengalami ganggguan dan perlu dirawat.

Perkara-perkara ini boleh dirawat dan dikawal melalui Perubatan Tradisional Islam. jangan biarkan masalah gangguan ini terus menganggu kehidupan.

HUBUNGI :
WARISAN TRADISIONAL KLANG
017-6780372




SIHIR PERNIAGAAN

SIHIR PERNIAGAAN

Sihir adalah salah satu daripada pecahan ilmu hitam yang sememangnya telah terkenal dari zaman dulu lagi. Ia juga merupakan perbuatan ataupun niat yang secara tidak langsung mampu mempengaruhi badan manusia bagi menjatuhkan orang lain demi mencapai kepentingan diri sendiri.

Dengan bahasa yang lebih mudah,tidak senang apabila melihat orang lain bahagia berbanding dirinya.
Sihir ini juga dikaitkan dengan pertolongan dari makhluk-makhluk ghaib seperti jin.

Di zaman yang serba moden dan canggih ini, cerita tentang sihir tidak lagi asing, ia sudah seperti menjadi alat permainan bagi pihak yang tamak haloba tanpa memikirkan buruk baiknya..
Salah satu daripadanya adalah sihir perniagaan.Sihir ini akan ditujukan pada kawasan perniagaan atau pun pada pemilik perniagaan..

Tanda-tanda sihir yang kebiasaannya yang ditujukan pada pemilik perniagaan adalah seperti...
👉pemilik akan merasakan sakit kepala yang berterusan.

👉rasa malas untuk bekerja tanpa sebab.

👉sentiasa lemah semangat.

👉perselisihan faham antara suami isteri tanpa sebab munasabah..jika pemilik perniagaan yang belom berkahwin pula akan berselisih faham dengan keluarga mahupun adik beradik serta kawan-kawan.

👉bila pergi berjumpa perubatan moden pula,ianye tak dapat mengesan dan tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

👉selalunye akan bermimpi binatang-binatang yang buas,yang berbisa contohnye binatang yang berbisa seperti ular.

👉mimpikan orang yang sudah meninggal dunia.

👉raut wajah yang tiada seri dan kusam.

👉untuk memikirkan sesuatu tu agak perlahan dan idea yang kosong(tiada idea tentang perniagaannya).

👉hati dan perasaan pada perniagaannya pun seperti tiada perasaan dan sering mudah putus asa.

👉tidak selesa bila berada ditempat niaga.

Tanda-tanda sihir yang biasanya pada premis perniagaan pula adalah seperti berikut...
👉Pekerja-pekerja yang kebiasaanya  berkerja disesebuah premis perniagaan tersebut akan sering berkelahi,kerap berhenti kerja dan kadang-kadang suka bertengkar sesama sendiri.

👉kadang-kadang pekerja akan terdengar suara-suara dan kadang-kadang pekerja ini juga sering melihat bayangan lembaga-lembaga yang menyeramkan.

👉sering terjumpa duit syiling mahupun duit kertas tanpa diketahuai sumbernya.

👉terjumpa bungkusan-bungkusan yang aneh seperti pasir,kemenyan atau tulang-tulang yang dibungkus atau yang ditaburkan dikawasan premis.

👉Ada kalanya premis ghaib dari pandangan pelanggan.sedangkan perniagaan sedang berlangsung.

👉ada kalanya juadah yang dihidangkan cepat basi.

👉suasana permis perniagaan yang agak suram yang membuatkan pelanggan tidak tertarik dengan premis anda.

👉pendapatan pada perniagaan pula akan berkurangan disebabkan tiada pelanggan.

Sihir perniagaan ini mahupun sihir-sihir yang lain,jika dibiarkan akhirnya boleh merosakkan dan membinasakan diri dan perniagaan anda.

Sekiranya,kesan-kesan yang diatas ada pada premis anda mahupun pada diri anda sendiri,maka segera lah berubat atau terus hubungi kami diPUSAT RAWATAN AL-MALIK.kami menyediakan rawatan dari jarak jauh juga.sekiranya ada sebarang pertanyaan,boleh la menghubungi kami.

PUSAT RAWATAN TRADISIONAL ISLAM
WARISAN TRADISIONAL KLANG
017-6780372


JIN ANGIN AHMAR

JIN RIHUL AHMAR

Sebagaimana yang kita ketahui, otak merupakan organ yang sangat penting dimana ianya mengawal aktiviti penting tubuh kita seperti bergerak, bertutur, melihat, mengawal emosi, berfikir dan banyak lagi. Salah SATU penyakit yang berpunca daripada masalah bahagian Otak dan mampu MEMBUNUH, dikenali sebagai Stroke/Angin Ahmar. Dalam kajian SAINS, Stroke adalah sejenis penyakit berpunca daripada saluran darah dibahagian otak yang pecah atau tersumbat.

Dalam Pengamatan dan Kajian Kami, secara ghaibnya, Jin RIHUL AHMAR merupakan salah satu punca terjadi Angin Ahmar/ Stroke. Kebiasaanya Jin RIHUL AHMAR akan menduduki dibeberapa bahagian Saraf2,sendi2, organ2 penting dan Salur Darah manusia. Jin ini mampu merosakkan dan mengganggu fungsi2 penting setiap bahagian yang didudukinya. Tanpa Rawatan yang mendalam, ilmu dan kefahaman, tenaga yang mencukupi, kita tidak mampu melawan serangan dari Jin RIHUL AHMAR ini.

CERITANYA:

"Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman duduk di singgahsananya,
Maka datang satu lembaga yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman "siapakah engkau".

Maka dijawab oleh lembaga tersebut bahawa akulah RIHUL AHMAR...

Apabila Aku memasuki rongga anak adam, maka lumpuh, keluar darah dari Rongga, dan apabila aku memasuki otak anak adam, maka menjadi gilalah anak adam.
Aku adalah penyakit dari berbagai macam penyakit yang telah diciptakan oleh Allah Ta’aalaa. Ketika Allah hendak menghukum / meyiksa salah seorang dari makhluk-Nya, maka Dia mengutus dan menguasakanku kepadanya.

Jika aku masuk kedalam otak, maka aku akan menyakiti otaknya. (sakit seperti migren/gila)

Jika aku masuk kedalam mata, maka aku akan membutakannya.

Jika aku masuk kedalam lubang hidung, maka akan timbul penyakit, kemudian bergulir ke bawah ke tenggorokan dan memenuhinya.

Jika aku masuk ke kedua telinga, maka aku ambil pendengarannya (tuli).

Jika aku masuk di kepala, maka aku datangkan sakit kepala dan migrain dan aku bunuh ia dari rasa sakitnya.

Jika aku masuk ke dada orang itu, maka aku masukkan penyakit kuning, was-was, radang sendi, penyakit limpa, wajah kekuning-kuningan dan hilang seri.

Jika aku masuk ke tubuh wanita, maka aku akan memutus kehamilannya dan mengeringkan air susunya. Akan memunculkan penyakit kusta, kelembaban, kudis, bisul, penyakit tikus dan babi.

Jika aku masuk pada pembuluh darah dan saraf, maka aku akan putus keduanya sampai aku akan membunuhnya (penyakit stroke).

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar lembaga tersebut, maka berkata Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahawa:

"Aku kekal sehingga hari kiamat, tiada sesiapa yg dapat membinasakan Aku melainkan Allah" Lalu Rihul Ahmar pun ghaiblah.

PUSAT RAWATAN TRADISIONAL ISLAM
WARISAN TRADISIONAL KLANG
017-6780372


SIHIR SANTAU

SIHIR SANTAU

Sihir Santau merupakan salah satu sihir yang dikenali sebagai"tuju-tuju".Ia juga merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang di guna pakai untuk meracuni musuh.

Peringkat awalnya, bagi mereka-mereka yang terkena serangan sihir santau ini akan mengalami penyakit batuk yang berpanjangan, walaupun telah banyak mengambil ubat-ubatan moden.

Santau ini ada kalanya tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ-organ dalaman pada mangsa. Tetapi Sebenarnya, mangsa yang terkena serangan santau ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sekiranya membuat  rawatan dengan segera.

Ada tiga jenis bahan-bahan utama yang selalu digunakan bagi penyediaan racun santau ini.Kebiasaannye Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda yang gatal (miang), bisa dan pedih.

👉Bahan Bisa - ianya boleh diperolehi daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak, puyu, obor-obor, bisa getah ipoh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

👉Bahan Miang/Gatal - diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni dan ulat bulu yang masih hidup. Kebiasaannya Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal-gatal di tekak, manakala seluruh badannya akan terasa bisa-bisa yang amat menyakitkan.

👉Bahan Pedih - (melukakan) yang boleh menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kulit telur ayam dan bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Jenis-jenis sihir Santau ini terbahagi kepada beberapa bahagian..
👉Santau Makan/Minum..
Ramuan santau ini kebiasaannya akan dimasukkan ke dalam makanan ataupun minuman secara zahir oleh manusia mahu pun secara ghaib dengan menggunakan pendamping (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

👉Santau Angin..
Ramuan santau angin ini ‘dituju’ kepada mangsa dari jarak jauh, samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghaib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.

👉Santau Tuju..
Santau tuju ini kebiasaanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam yang bertaraf tinggi. Santau  ini juga amat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta atau sekurang-kurangnya penyakit yang parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju ini biasanya diritualkan pada waktu tengah malam bagi tujuan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

👉Santau Langkah..
Santau langkah ini pula ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau tersebut seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaitan di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat mahupun tempat niaga. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Tanda-Tanda bagi yang Terkena Santau:
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
👉Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
👉Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
👉Sakit tulang belakang terutamanya menjelang waktu Maghrib.
👉Sakit sesak nafas terutamanya waktu Maghrib.
👉Lenguh seluruh anggota badan.
👉Kuku menjadi hitam dan nafas berbau busuk.
👉Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
👉Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh ataupun ulat bulu.
👉Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
👉Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
👉Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
👉Sentiasa sakit pada tulang belakang.
👉Bawah mata kebiruan (Seperti orang yang tak cukup tidur).

Bagi individu yang merasakan permasalahan seperti ini dan memerlukan khidmat bantuan untuk menyelesaikan permasalahan masing-masing, boleh cuba menghubungi PUSAT RAWATAN AL-MALIK ditalian untuk sebarang pertanyaan dan urusan temujanji rawatan berdepan atau rawatan jarak jauh.

PUSAT RAWATAN TRADISIONAL ISLAM
WARISAN TRADISIONAL KLANG

017-6780372


Sunday, November 10, 2019

VIDEO PERAWAT

1. Tuan Guru Shekh Buya Shamsudin B Hj Ismail



bersama anak murid :


2. Tuan Tabib Ustaz Zainuddin B Mohd Khalid


LOKASI RAWATAN :

MERU , KLANG SELANGOR

HUBUNGI UNTUK TEMUJANJI :
017-6780372

SIHIR GAMBAR

SIHIR MENGGUNAKAN GAMBAR

Bermacam jenis sihir boleh dilakukan dengan hanya menggunakan sekeping gambar.

Antaranya ialah :

1. Sihir Maradh (Sihir Penyakit)
2. Sihir Khumul (Sihir Penat / tak bermaya)
3. Sihir Mahabbah (Sihir Cinta / Guna-Guna)
4. Sihir Junoon (Sihir Gila)
5. Sihir Taballud (Sihir menyebabkan hubungan dingin)
6. Sihir Tafriq (Sihir Pemisah)

Zaman dulu (80an /90an), syarat permintaan sekeping gambar jadi syarat yang sangat berat dan sukar. Zaman kodak.

Zaman sekarang dah senang. Bukak FB, taip nama dekat search box and boom! Gambar selfie berlambak keluar. Bomoh pun pening nak guna yang mana satu.

Saya sendiri pernah ditanya berapa ramai yang kena dan lelaki atau perempuan..Saya jawab dalam 10 orang pesakit yang dirawat tu 8 org  daripadanya adalah perempuan.

Kenapa perempuan? Sebab perempuan anak kunci nafsu lelaki.

Yang banyak selfie pun perempuan.

Likes gambar selfie sampai 500 orang. Belanja bibir muncung, bulu mata melentik, pamer gigi rata sambil menari kiki do you lab me.

Dalam 500 orang tu, tak mustahil akan ada sorang lelaki yang mental, curik gambar kamu, tekan "save to phone", cuci kat kedai and then bagi bomoh suruh jampi berasap.

Lagi-lagi hal yang melibatkan perasaan yang dicurangi dan perasan tertolak / rejection.

Hal yg biasa berlaku iaitu "Cinta ditolak, dukun bertindak"..so berhati2 lah..dan dekatkan diri pada Allah..

Perubatan Tradisional Islam
Warisan Tradisional Klang
017-6780372



SAKA #4

innalillahi wa inna ilaihi roojiun

dapat mengetahui seorang pesakit saya yg mengalami masalah KANSER USUS . apabila saya scan memang arwah mengalami masalah SAKA yg agak kuat sehingga menyebabkan kanser .

bila disuruh berubat .. dilengah2 dan katanya nak selesaikan dgn perubatan moden dulu . dan hanya bergantung kpd perawat ruqyah semata ..

bulan 5 saya scan arwah .. tapi dah kene kanser tu dlm 5 bulan kebelakangan itu .
meninggal bulan 8 . bermakna kanser ni boleh merebak tak sampai setahun ..

jadi bila dilengah2 kan ... saka semakin kuat & kanser semakin besar sehingga stage 4 ...

nasihat saya , jika anda mengalami masalah gangguan , sihir .. tumpangan dan sebagainya .. segeralah berubat disini . moga bertemu jodoh

aamiin ..





Saturday, November 2, 2019

JIN VS. PERAYAAN

Peringatan sangat penting untuk semua pesakit dan bekas pesakit gangguan jin sempena sambutan Aidil Fitri nanti.
.
Semenjak lebih 11 tahun saya merawat masalah gangguan, saya dapati tempoh selepas berakhirnya Ramadhan adalah tempoh yang sangat sibuk bagi saya. Maksudnya setiap kali selepas sambutan hari raya Aidil Fitri, jumlah pesakit yang datang ke pusat rawatan meningkat secara mendadak. Memang sudah bertahun-tahun saya tidak dapat menghadiri open house open house yg diadakan kerana terlalu sibuk merawat.
.
Post ini saya tulis bukan untuk membolehkan saya menghadiri open house dan menziarahi kambing golek yang disediakan sebagai juadah utama, tetapi sebenarnya supaya pesakit- pesakit lebih berhati-hati supaya tidak sakit kembali atau sakit lebih teruk selepas Aidil Fitri.
.
Berikut adalah beberapa punca kenapa masalah gangguan lebih mengganas selepas Aidil Fitri:
.
1) Kadang-kala kita menjadi lalai dan lagha ketika berhari-raya. Kita tertinggal zikir-zikir amalan seharian kita. Dalam saat kita berseronok, kita terlupa sedikit kepada Allah. Ketika inilah syaitan yang selama ini tidak berjaya menembusi kubu pertahanan kita, terlihat ketirisan yang ada pada benteng kita. Maka peluang yang terhidang itu tidak syaitan lepaskan untuk menziarahi kita.
.
2) Ada di antara kita kurang arif tentang siapa yang boleh kita bersalaman semasa bermaaf-maafan. Contohnya bersalaman bersama ipar duai atau sepupu yang berlainan jantina adalah berdosa. Kadang-kadang kita tidak mampu menolak tangan bukan mahram yang ingin bersalaman dengan kita kerana niat di hati ingin menjaga air muka si penghulur tangan. Sebenarnya setiap perbuatan yang berdosa adalah pembuka pintu kemasukan syaitan. Maka setiap kali kita bersalaman dengan yang tidak sepatutnya, kita telah menjemput syaitan untuk singgah berhari raya di dalam tubuh kita.
.
3) Saat kita menyambut hari raya, tidak lengkap rasanya kalau kita tidak berbaju baharu dan menghias diri bagaikan raja dan permaisuri sehari. Tidak cukup kita memperagakan diri secara live kepada orang-orang di sekeliling kita, kita turut mengkongsikan memori indah kita di laman sosial seperti FB dan IG. Maka ramailah mata yang memandang. Ada yang memandang dengan rasa taksub dan memuji-muji kecantikan dan kesadoan kita. Tidak kurang juga yang memandang dengan rasa hasad dan mencaci kita. Kedua-dua pandangan mata ini tidak kiralah samada dari hati yang taksub mahupun hati yang hasad, mampu menghadirkan penyakit ain kepada diri kita. Ingatlah bahawa penyakit ain boleh hadir daripada ibu dan ayah sendiri kerana mereka sangat taksub dengan kecomelan anak mereka. Hati-hati dan elakkan diri daripada kita sendiri menjadi punca orang lain dihinggapi penyakit ain. Sentiasa memulangkan segala pujian kepada Allah sebelum kita memuji makhluk Allah.
.
4) Bagi mereka yang menghadapi masalah gangguan keturunan; iaitu satu masalah yang ramai tidak berani sebut tetapi hanya mampu mengeja nama masalah itu. Itulah gangguan S.A.K.A.. Ramai pesakit saka akan sakit semula setelah pulang ke kampung halaman. Ini boleh terjadi sekiranya masalah saka itu tidak dirawat sepenuhnya, iaitu mungkin masih ada jin saka di rumah kampung, masih ada barang-barang yang menjadi tempat tinggal jin saka yang masih disimpan, atau mungkin masih ada ahli keluarga yang belum dirawat sepenuhnya. Maka apabila kita pulang ke kampung, kita akan dijangkiti semula dengan jin saka. Kita tidak perlu buat apa-apa untuk diganggu semula, kita boleh terkena dengan begitu mudah seumpama jin dicaj dengan wireless charging serta jin boleh masuk dengan sangat pantas seperti secara fast charging.
.
5) Ketika kita sedang enak beramah mesra di majlis-majlis open house, ramai saudara-mara, rakan-taulan dan kenalan-kenalan baru yang kita temui. Ada juga di antara mereka yang ada sakit gangguan jin dan mereka masih belum sembuh. Sekiranya kita ini pesakit gangguan atau pernah mengalami masalah gangguan, diri kita ini umpama magnet jin. Tubuh kita mudah menarik jin daripada orang lain yang sedang diganggu jin. Tak susah sebenarnya untuk tubuh kita dimasuki oleh jin gangguan daripada orang lain. Ingatlah konsep wireless charging dan fast charging yang disebutkan tadi.
.
6) Sewaktu Ramadhan memunculkan diri, kekuatan dan penguasaan syaitan-syaitan terus dibelenggu. Namun sebelum syaitan-syaitan ini diikat dan dirantai, mereka dengan gaya macho Arnold Schwarzenegger mengatakan "I'll Be Back". Maka, tatkala takbir Syawal bergema, mereka pun kembali. Syaitan kembali dengan niat membalas dendam dan melepaskan geram ke atas kita. Pastinya mereka marah dan ingin membalas dendam di atas perbuatan kita melipat-gandakan amalan ibadah sedangkan mereka hanya mampu melihat dan tidak mampu untuk menghasut kita sewaktu Ramadhan.
.
Kami di Pusat Rawatan Tradisional Islam Klang mengucapkan selamat beribadah di penghujung Ramadhan yang mulia ini. Bila nak balik beraya nanti, bukan setakat berhati-hati di jalanraya ya, tetapi berhati-hatilah juga dengan hantu-hantu raya. 🤭 alaaa gurau je.
.
.
Sekiranya anda menghadapi masalah di dalam kehidupan, dibelenggu gangguan syaitan atau sihir, sila terus klik link di bawah:
.
Tabib Ustaz Zainuddin ( Klang ) 0176780372

Tabib Ustaz Firdaus ( ipoh )
0175085536

Tabib Guru Firdaus ( Telok intan )
0194449132



Friday, November 1, 2019

PEMAGARAN RUMAH

"Peliklah rumah ni tiap2 malam ada bunyi macam guli jatuh atas bumbung. Barangkali bunyi kucing kot. Tapi pelik jugak, semalam ZAHA (bukan nama sebenar) dah tengok tak ada apa pon. Kadang tengah2 mlm bunyi kerusi kena seretlah, bunyi air mengalir, bunyi budak menangislah dan macam2 lagi. Paling dasyat perabot boleh berpindah randah."

👺👺👺👺👺👺👺

Sebenarnya bunyi tersebut merupakan gangguan yang ada DIDALAM dan DILUAR rumah kita. Setiap rumah orang ISLAM akan ada PENUNGGU RUMAH. Sebab tugas mereka adalah untuk menyesatkan orang ISLAM sehingga hari KIAMAT. Gangguan paling gemar berlaku ialah:-

1. Penunggu rumah(Jin dasim)
2. Penunggu saka keturunan
3. Sihir

Jadi, sesiapa yang mengalami gangguan tersebut bolehlah berikhtiar untuk membentengkan/pagar kediaman  dari di belenggu oleh gangguan yang tidak diundang serta mengganggu kehidupan harian kita.

INSYALLAH KAMI SEDIA MEMBANTU

hubungi utk temujanji :
Tabib Ustaz Zainuddin
Lokasi : kapar , klang selangor