Monday, November 11, 2019

GANGGUAN SAKA

Sepanjang pengalaman saya merawat pesakit-pesakit ganguan ghaib, Saya perhatikan kebanyakan pesakit yang menderita akibat gangguan saka kehidupannya agak terjejas dengan pelbagai masalah antaranya:

1. Rumahtangga sentiasa panas dan kadang-kadang suami isteri tidak boleh tidur bersama sebab selalu keluar darah dari rahim.

Jadi kepada orang yang mengalami keadaan macam ini cuba ingat kembali ada atau tidak dia mengamalkan jampi-jampi atau mentera-mentera yang pernah diberi oleh orang dahulu-dahulu untuk naik seri muka untuk nampak cantik, belajar silat yang mengandungi syarat-syarat tertentu atau bacaan tertentu, menerima amalan dari ahli keluarga yang tua, ada menyimpan keris, kacip, alatan untuk merawat (bomoh), atau pun alat muzik lama (ada upacara mengasap atau syarat-syarat) yang masih disimpan.

Jika ada, buang jampi-jampi dan barang-barang itu dan jangan diamalkan.

2. Banyak berlaku perkara-perkara pelik dalam hidupnya.

Contohnya berjumpa orang tua di belakang rumah. Dia singgah di lebuh raya jumpa orang tua masuk dalam tandas. Dia tunggu di luar orang itu tidak keluar-keluar. Bila masuk dalam tandas tidak ada pun orang tua itu.

Ini gejala saka yang ikut kita. Dia hendak tunjuk yang dia mendampingi kita.

3. Tidak berupaya hidup dengan sempurna kerana mengidap pelbagai penyakit. Doktor tidak dapat mengesan penyakitnya.

Ada orang yang dilanda penyakit gatal seluruh badan. pergi pakar kulit elok , check buah pinggang elok tetapi kulit gatal sungguh-sungguh. Gatal yang sampai tak tau nak garu dimana lagi.

Orang begini ini selalunya disebabkan saka

Rawat gangguan saka itu dan bina benteng perlindungan diri dengan berjumpa pakar-pakar rawatan islam. Amalkan dengan konsisten zikir-zikir yang di sarankan bagi memberi perlindungan pada keluarga.

4. Orang yang ada gangguan saka tidak suka bergaul dan tidak suka hidup bermasyarakat. Dia suka hidup sendirian. Rumah tidak buka tingkap. Lebih suka duduk dalam bilik yang gelap, suka bercakap sorang-sorang.

Kenduri tidak datang dan orang mati pun tidak melawat. Ceramah agama pun tidak datang. Dia membawa halnya sahaja.

5. Sangat sensitif dengan kata-kata orang. Orang cakap sikit ambil hati.

6. Mengetahui perkara-perkara yang tidak diketahui oleh orang lain.

Boleh cari barang yang hilang, adakala ramalan nya tepat tetapi itu adalah bantuan jin pendamping. Haram hukumnya kita meminta pertolongan darinya.

Tiba-tiba boleh merawat selepas sihat dari jatuh sakit yang lama dan terbaring.Ini kerana ada pejanjian yang telah dipersetujui untuk kembali kan kesihatannya seperti asal. Perjanjian itu menyebabkan dia sembuh dan tiba-tiba boleh merawat. Rawatan nya melibatkan upacara menurun.

7. Cucu yang datuknya mempunyai saka suka menangis. Kecil-kecil kuat menangis kerana tokwannya membela saka. Selain itu kedegilan dan nakal nya amat berlainan sekali. Kalau menangis, menangis semahu mahunya dan sukar untuk dipujuk.

8. Orang-orang yang ada saka kehidupannya tidak tenteram.

9. Selalu mimpi bersetubuh, isteri merasakan bersama suami tetapi sebenarnya itu adalah jin yang mendampingi suami.

10. Ada juga jin saka yang sudah jatuh cinta pada anak cucu tuannya, akibat nya mangsa sukar untuk kahwin dan ada hubungan dengan pasangan, ada yang sudah berkahwin tetapi pihak suami merasa takut dan pada pandangan matanya wajah isteri berubah menjadi lebih tua serta menakutkan.

11. Kerap mengalami keguguran tanpa alasan. Setiap kali hamil, tiba-tiba janin hilang. Semasa scan ada janin.. tiba-tiba hilang.

12. kebanyakan lelaki yang mengalami gangguan saka, orang nya panas baran yang melampau, suka memaki hamun dan tidak boleh dibawa berbincang, dan ramai yang tidak mengaku diri nya sakit ada gangguan. Isteri boleh memerhati tanda-tanda ini pada pihak suami, semasa tidur perhatikan ada tak suami bercakap-cakap, meracau, mata tetutup rapat tetapi anak mata bergerak-gerak, jika ada kemungkinan besar suami mengalami ganggguan dan perlu dirawat.

Perkara-perkara ini boleh dirawat dan dikawal melalui Perubatan Tradisional Islam. jangan biarkan masalah gangguan ini terus menganggu kehidupan.

HUBUNGI :
WARISAN TRADISIONAL KLANG
017-6780372




No comments:

Post a Comment