Monday, November 11, 2019

JIN ANGIN AHMAR

JIN RIHUL AHMAR

Sebagaimana yang kita ketahui, otak merupakan organ yang sangat penting dimana ianya mengawal aktiviti penting tubuh kita seperti bergerak, bertutur, melihat, mengawal emosi, berfikir dan banyak lagi. Salah SATU penyakit yang berpunca daripada masalah bahagian Otak dan mampu MEMBUNUH, dikenali sebagai Stroke/Angin Ahmar. Dalam kajian SAINS, Stroke adalah sejenis penyakit berpunca daripada saluran darah dibahagian otak yang pecah atau tersumbat.

Dalam Pengamatan dan Kajian Kami, secara ghaibnya, Jin RIHUL AHMAR merupakan salah satu punca terjadi Angin Ahmar/ Stroke. Kebiasaanya Jin RIHUL AHMAR akan menduduki dibeberapa bahagian Saraf2,sendi2, organ2 penting dan Salur Darah manusia. Jin ini mampu merosakkan dan mengganggu fungsi2 penting setiap bahagian yang didudukinya. Tanpa Rawatan yang mendalam, ilmu dan kefahaman, tenaga yang mencukupi, kita tidak mampu melawan serangan dari Jin RIHUL AHMAR ini.

CERITANYA:

"Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman duduk di singgahsananya,
Maka datang satu lembaga yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman "siapakah engkau".

Maka dijawab oleh lembaga tersebut bahawa akulah RIHUL AHMAR...

Apabila Aku memasuki rongga anak adam, maka lumpuh, keluar darah dari Rongga, dan apabila aku memasuki otak anak adam, maka menjadi gilalah anak adam.
Aku adalah penyakit dari berbagai macam penyakit yang telah diciptakan oleh Allah Ta’aalaa. Ketika Allah hendak menghukum / meyiksa salah seorang dari makhluk-Nya, maka Dia mengutus dan menguasakanku kepadanya.

Jika aku masuk kedalam otak, maka aku akan menyakiti otaknya. (sakit seperti migren/gila)

Jika aku masuk kedalam mata, maka aku akan membutakannya.

Jika aku masuk kedalam lubang hidung, maka akan timbul penyakit, kemudian bergulir ke bawah ke tenggorokan dan memenuhinya.

Jika aku masuk ke kedua telinga, maka aku ambil pendengarannya (tuli).

Jika aku masuk di kepala, maka aku datangkan sakit kepala dan migrain dan aku bunuh ia dari rasa sakitnya.

Jika aku masuk ke dada orang itu, maka aku masukkan penyakit kuning, was-was, radang sendi, penyakit limpa, wajah kekuning-kuningan dan hilang seri.

Jika aku masuk ke tubuh wanita, maka aku akan memutus kehamilannya dan mengeringkan air susunya. Akan memunculkan penyakit kusta, kelembaban, kudis, bisul, penyakit tikus dan babi.

Jika aku masuk pada pembuluh darah dan saraf, maka aku akan putus keduanya sampai aku akan membunuhnya (penyakit stroke).

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar lembaga tersebut, maka berkata Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahawa:

"Aku kekal sehingga hari kiamat, tiada sesiapa yg dapat membinasakan Aku melainkan Allah" Lalu Rihul Ahmar pun ghaiblah.

PUSAT RAWATAN TRADISIONAL ISLAM
WARISAN TRADISIONAL KLANG
017-6780372


No comments:

Post a Comment