Tuesday, October 29, 2019

RAWATAN SAKA #3

TARA KES YANG KE 50 PESAKIT TAK SEMPAT NAK BERUBAT DAH DIJEMPUT ILAHI.....ASAL CERITA TUJUAN UNTUK MENGURUT SAHAJA SEBAB AYAHNYA SAKIT2 LENGUH KAKI DAN TAK SEDAP BADAN......BILA SESAMPAI DIRUMAH PESAKIT MELIHAT KEADAANNYA BEGITU TERUK DAN DI SCAN AGAK BERAT JUGA GANGGUAN JIN PADA PESAKIT.......DAN AHLI KELUARGA PUN BERBINCANG UNTUK RAWATAN SELANJUTNYA.....SELEPAS DUA HARI HUBUNGI KELUARGA PESAKIT....DAN DI KHABARKAN PESAKIT TELAH MENINGGAL DUNIA SEBELUM JALANI RAWATAN.......

KES2 MACAM NI SEBENARNYA ADALAH KES BERAT....ATAS SEBAB JIN YANG MENGGANGGU PESAKIT TAK MAHU DI BUANG DAN PASTI SALAH SEORANG AHLI KELUARGA PESAKIT AKAN SAKIT SEPERTI ARWAH JIKA AHLI KELUARGA DIRAWAT....DAN DI SCAN SORANG DEMI SEORANG.....YANG MANA ADA GANGGUAN JIN......

Jika anda belum pasti mempunyai masalah saka / sihir , hubungi saya segera :

017-6780372





STROKE / KELUMPUHAN

Sekadar perkongsian

Ada pertanyaan.. Apa tanda tanda mula jadi strok..

Selalunya terdapat tanda tanda yang boleh dilihat dan dirasa oleh sapa sapa saja sebelum jadi strok..

Semak tanda tanda amaran strok dan dapatkan bantuan kalau ada kedapatan berlaku tanda tanda tersebut....

Walaupun gejala gejala hilang selepas beberapa ketika.. tetap dapatkan bantuan perubatan tanpa berlengah lengah.

Kebas atau rasa lemah secara tiba tiba ditangan.. muka dan kaki

Kata kunci untuk strok adalah (tiba-tiba dan teruk). Sekiranya seseorang mengadu rasa kebas yang tiba tiba atau mengalami kelemahan di tangan..  kakinya atau muka.. jangan abaikannya jangan biarkan dia bersendirian.

Seakan keliru memahamkan perkataan orang lain

Strok merosakkan keupayaan seseorang untuk memahami percakapan orang. Orang itu berada dalam keadaan kekeliruan mungkin kerana otaknya menghentikan prosesnya dan menghentikan penghantara isyarat kepada tubuh untuk bertindak balas.

Penglihatan kabur dan jadi halusinasi

Kebanyakan orang yang menderita strok tiba tiba mengalami kesukaran melihat dalam satu atau kedua dua mata. Kalau nampak pun apa yang dilihat hanya halusinasi.. Keadaan ini tiba tiba muncul dan tidak boleh disalah anggap masalah mata kronik. Bahkan sampai tahap tak nampak apa apa.. Jadi macam buta.

Sakit kepala yang teruk

Seseorang boleh mengalami sakit kepala yang teruk yang tidak bersebab apabila dia mengalami strok.

Pening kepala

Pening adalah yang paling kerap bagi permulaan strok. Ramai orang mungkin salah menafsirkan keadaan ini bahawa seseorang itu mabuk tetapi dia boleh jadi mengalami strok.

Hilang kesedaran

Seseorang yang menderita permulaan strok mungkin juga akan kehilangan kesedaran untuk sementara waktu. Ini berlaku mungkin kerana kekurangan oksigen dalam otak dan pengurangan sementara dalam aliran darah.

Kehilangan keseimbangan tubuh

Tanda ini agak samar samar dan harus diperhatikan dengan teliti. Mungkin otak tak dapat mengawal keseimbangan.. Bimbang jatuh tanpa ada pembantu.

Senak medu

Sedu biasanya merupakan satu gangguan walau tak ketara tapi ada. Macam kena angin ahmar.. apabila ia menjejaskan otak.. ia tiba tiba mungkin berlaku kerana tanda tanda strok seperti ini jarang dititik beratkan.

Kesakitan bahagian muka atau anggota tubuh yang lain

Rasa sakit pada beberapa bahagian tubuh adalah tanda strok biasa terjadi. Jangan abaikan jika seseorang mengadu sakit mendadak di lengan.. satu sisi muka atau dada.

Sesak nafas

Seseorang yang akan mengalami strok juga akan mengalami sesak nafas dan kesukaran bernafas. Kemungkinan hal ini biasanya berlaku apabila bahagian otak yang bertanggungjawab untuk fungsi pernafasan mungkin terjejas akibat aliran darah yang lebih rendah.

Sakit dada

Kesakitan dada adalah satu lagi tanda tanda strok. Rasa macam ketat dan keras.

Mual muntah

Walaupun mual dan muntah boleh berlaku untuk beberapa sebab.. ini juga adalah tanda tanda strok.

Lumpuh muka

Ini adalah tanda tanda strok yang utama. Rasa ada gerakan yang menarik tarik kening dan bibir. Biasanya tak boleh nak senyum.

Keletihan

Setiap orang berasa letih sekali sekala tetapi jika seseorang mengalami keletihan dan ketidakselesaan secara tiba tiba walau tidak melakukan sesuatu.. kemungkinannya adalah orang tu sedang dihingapi strok.

Peluh berlebihan

Berpeluh yang berkaitan dengan strok boleh menjadi ringan atau berat.. keadaan orang yang bakal jadi strok.

Rasa berdebar debar bersangatan

Kalau seseorang tiba tiba merasakan bahawa jantungnya berdegup laju atau dapat merasakan degupan jantung naik tanpa sebab tertentu.. dapatkan pertolongan segera kerana ia boleh disebabkan oleh kedatangan strok.

Lumpuh separuh

Bila dah masuk angin ahmar.. satu bahagian badan akan jadi lumpuh sepenuhnya.

Kecelaruan masa bercakap

Ini juga merupakan tanda tanda strok. Orang itu beransur ansur kehilangan keupayaannya untuk bercakap dengan jelas. Cuba test orang tersebut supaya dia mengulang ulang kata kata yang mudah. Sekiranya perkataannya berbunyi aneh.. orang itu pasti dah mengalami strok.

Sukar menelan makanan dan minuman

Satu lagi tanda strok adalah  kesukaran menelan makanan atau minuman. Dema mungkin merasa seperti dema tercekik atau sebagainya.

Tak boleh berjalan

Tanda tanda strok seperti kesakitan dan kebas di bahagian tubuh.. seseorang yang mengalami strok akan mengalami kesukaran menggunakan kemahiran motornya. Ini menjadikan dia tidak dapat berjalan kemana mana.

Jadi pelupa

Selain tu antara tanda lain adalah jadi pelupa.. Banyak nama nama orang dan beberapa pekara seolah hilang dari memori dalam otak.

Tak lalu makan

Antara tanda lain seolah hilang selera dan kalau makan minum akan muntah.

Suka bersendiri

Petanda yang lain adalah adanya sifat kemurungan.. suka menyendiri dan tak suka bising bising. Semua tu akan jadi serabut padanya. Mungkin otak nya ingin rehat atau mungkin otaknya menjadi lemah.

Banyakan selawat dan sering sering lah baca doa menghindarkan diri dari rihul akmar

الَّهُمَّ ِنِّ اءُزُبِكَ مِنَرِّهِل اهمَر وَدَّمِل اسوَد وَدَِّل اكبَر

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar waddamil aswad waddail akbar

Ya Allah tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (strok) dan dari penyakit berat

JIKA ANDA MENGALAMI PETANDA SEPERTI DI ATAS , SEGERALAH BERUBAT DENGAN KAMI

Kesakitan dada adalah satu lagi tanda tanda strok. Rasa macam ketat dan keras.

Mual muntah

Walaupun mual dan muntah boleh berlaku untuk beberapa sebab.. ini juga adalah tanda tanda strok.

Lumpuh muka

Ini adalah tanda tanda strok yang utama. Rasa ada gerakan yang menarik tarik kening dan bibir. Biasanya tak boleh nak senyum.

Keletihan

Setiap orang berasa letih sekali sekala tetapi jika seseorang mengalami keletihan dan ketidakselesaan secara tiba tiba walau tidak melakukan sesuatu.. kemungkinannya adalah orang tu sedang dihingapi strok.

Peluh berlebihan

Berpeluh yang berkaitan dengan strok boleh menjadi ringan atau berat.. keadaan orang yang bakal jadi strok.

Rasa berdebar debar bersangatan

Kalau seseorang tiba tiba merasakan bahawa jantungnya berdegup laju atau dapat merasakan degupan jantung naik tanpa sebab tertentu.. dapatkan pertolongan segera kerana ia boleh disebabkan oleh kedatangan strok.

Lumpuh separuh

Bila dah masuk angin ahmar.. satu bahagian badan akan jadi lumpuh sepenuhnya.

Kecelaruan masa bercakap

Ini juga merupakan tanda tanda strok. Orang itu beransur ansur kehilangan keupayaannya untuk bercakap dengan jelas. Cuba test orang tersebut supaya dia mengulang ulang kata kata yang mudah. Sekiranya perkataannya berbunyi aneh.. orang itu pasti dah mengalami strok.

Sukar menelan makanan dan minuman

Satu lagi tanda strok adalah  kesukaran menelan makanan atau minuman. Dema mungkin merasa seperti dema tercekik atau sebagainya.

Tak boleh berjalan

Tanda tanda strok seperti kesakitan dan kebas di bahagian tubuh.. seseorang yang mengalami strok akan mengalami kesukaran menggunakan kemahiran motornya. Ini menjadikan dia tidak dapat berjalan kemana mana.

Jadi pelupa

Selain tu antara tanda lain adalah jadi pelupa.. Banyak nama nama orang dan beberapa pekara seolah hilang dari memori dalam otak.

Tak lalu makan

Antara tanda lain seolah hilang selera dan kalau makan minum akan muntah.

Suka bersendiri

Petanda yang lain adalah adanya sifat kemurungan.. suka menyendiri dan tak suka bising bising. Semua tu akan jadi serabut padanya. Mungkin otak nya ingin rehat atau mungkin otaknya menjadi lemah.

Banyakan selawat dan sering sering lah baca doa menghindarkan diri dari rihul akmar

الَّهُمَّ ِنِّ اءُزُبِكَ مِنَرِّهِل اهمَر وَدَّمِل اسوَد وَدَِّل اكبَر

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar waddamil aswad waddail akbar

Ya Allah tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (strok) dan dari penyakit berat

JIKA ANDA MENGALAMI PETANDA SEPERTI DI ATAS , SEGERALAH BERUBAT DENGAN KAMI




Thursday, October 24, 2019

KAEDAH RAWATAN

RAWATAN SPEACIALIST

TARIK BUANG & PASONG
( Tempoh 30 minit )
✓Mengenalpasti (scan) mahklus halus yg ada pada badan pesakit
✓ memberi gambaran rupa yg ada padanya
✓ Tarik , buang & memasung(penjara) semua makhluk halus yg ada pada pesakit

BEDAH SIASAT PESAKIT MELALUI MEDIUM AYAM
( Tempoh : 60 minit )
✓ Memindahkan penyakit yg ada pada badan pesakit ked ayam
✓Mengetahui tempat duduk saka / makhluk halus dlm badan pesakit
✓Mengetahui kelemahan organ pesakit
✓ Pesakit dapat membenarkan penyakit yg dialaminya

PUTUS UBAT/TERAPI 7 LIMAU
(Tempoh 30 minit )
✓ Pesakit wajib mengambil kaedah rawatan ini bagi mempercepatkan penyembuhan


KOS SEDERHANA ( TERMAMPU )

MEMBUANG GANGGUAN MAKHLUK HALUS / JIN / SIHIR / SAKA
( 40 minit )
Mahar : Rm150
✔pesakit akan di scan
✔Perawat menceritakan apa yg dilihat
✔sesi perubatan khusus buang gangguan saka / sihir / tumpangan
✔Pesakit menyediakan bahan-bahan

RAWATAN AIR PENAWAR ( MAMPU )
Mahar : Rm30
# Pesakit menyediakan air mineral

LAIN-LAIN MASALAH :
JODOH , PERNIAGAAN , GANGGUAN DALAM RUMAH , ANAK DEGIL , KEKELUARGAAN DAN BANYAK LAGI












Wednesday, October 23, 2019

RAWATAN SAKA #2

Innalillah wainna ilaihi rojiun. Allahhu Akhbar.
Bukan kes pertama, kes yang ke 32 (meninggal setelah dibuang SAKA).
Menerima berita kematian pesakit. Arwah datang dalam keadaan boleh berjalan dan bersembang. Tapi ada simpton sakit tertentu (rahsia). Setelah di periksa ianya ialah SAKA. Kemudian arwah dirawat dengan membuang SAKA. Walaupun anaknya memaklumkan bahawa sebelum ini dah banyak kali pergi jumpa perawat untuk buang. Tapi simptom tetap sama. MUNGKIN TAK SERASI (ayat basa basi). Setelah kami mebantu arwah membuang SAKA, 3 hari kemudian anaknya memaklumkan bahawa arwah terus lumpuh dan nazak setelah habis mandi limau yang  dibekalkan untuk 3 hari. Kemudian anaknya meminta supaya dibuatkan air penawar susulan. Akhirnya Allah swt memudahkan urusan arwah. Semoga arwah dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang beriman. Aamiin.

Mungkin anda masih sihat. Tapi SAKA sentiasa bersama anda. Menunggu saat dan ketika yang tepat untuk menjadikan ada seorang pesakit kronik seperti :
1.   Kanser otak
2.   Kanser hati
3.   Kanser perut
4.   Kanser usus
5.   Kanser kulit
6.   Kanser tulang
7.   Kanser rahim
8.   Mandul
9.   Sering keguguran
10. Migrain
11. Panas baran
12. Suka maksiat
13. Malas ibadah
14. Gila ( mendengar bisikan/melihat)
15. Pembuat fitnah (saka gelak melihat permusuhan)
16. Pendengki sesama adik beradik
17. Dibenci orang
18. Dan banyak lagi...

Antara simptom SAKA :

silalah berjumpa dengan perawat untuk maklumat lanjut... supaya segala persoalan anda dijawab dengan tepat. In shaa Allah.
Berubatlah, sebelum terlambat.
Pesanan ini disampai oleh  Ahli Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Warisan Tradisional Malaysia.

SEBARANG TEMUJANJI RAWATAN HUBUNGI CAWANGAN KAMI BERDEKATAN 




Tuesday, October 22, 2019

NILAI MAHAR

eh ... kenapa saya pergi perawat A tu free je? Yang B pulak ikhlas semampunya ? yang perawat C ni tetapkan harga standart dan yang D harga boleh tahanlah  jugak 😅😅😅

Mahal atau murah adalah sesuatu yang SUBJEKTIF .
Golongan miskin nampak duit Rm100 bagi dia dah agak besar .
golongan sederhana nampak Rm100 bagi dia biasa je manakala golongan kaya nampak Rm100 macam nilai Rm10 jerr

######

bandingkan kereta proton saga dengan kereta BMW . Mengapa mahal ? padahal kereta sama jer ...

bandingkan handphone Nokia dengan iphone ? mengapa mahal ? padahal sama2 boleh call , sms & Internet .. handphone jugak. sama jer ..

bandingkan dengan kedai makan dengan KFC . Kenapa harga ayam KFC Mahal ? sedangkan ayam jer pun .. sama jer

bandingkan dengan gelang plastik dengan gelang emas . masing2 namanya gelang... sama je kan ? tapi mengapa gelang emas lebih mahal ?


#########

kesimpulan :

Pesakit tidak boleh membandingkan harga rawatan kami dengan mana-mana pusat rawatan lain kerana kami punyai kaedah terbaik merawat pesakit .

Tempoh rawatan bagi 1 sesi lebih dari 2 jam bergantung kepada pakej yang dipilih

pesakit akan discan terlebih dahulu kemudian diterangkan makhluk yang ada pada pesakit , bila sudah kenalpasti barulah dibuang segala makhluk yang ada pada badan badan pesakit , setelah itu barulah menjalani proses penyembuhan selanjutnya yang akan kami jelaskan nanti .

jika ada pesakit yang tidak mampu , berterus teranglah . kami ada pakej mampu dengan kaedah yang lain . asalkan pesakit dapat dirawat








RAWATAN SAKA #1



Alhamdulillah dapat membantu pesakit yang menderita SAKA ANGIN MEROYAN selama 30 tahun. Simptom bermula apabila pesakit mengandungkan anak pertama, pesakit selalu pengsan dan meracau.
Kemudian mula bersikap panas baran. Tidak suka meluhat suami dan badan selalu sakit. Hingga kini perut membesar seperti busung. Telah berubat di merata tempat, sering dikatakan sihir. SEBENARNYA SAKA.
Pesakit tidak disentuh mahupun diseksa. Hanya teknik dari jauh sahaja, sehingga pesakit yang kerasukan bersuara dan merasa sakit. Selalunya pesakit berjumpa lain2 perawat akan dipaksa untuk bercakap. KAMI TIDAK.
Hari kedua ke rumah pesakit untuk ikhtiar pemagaran. Kelihatan pesakit muka berseri2 menyambut kedatangan kami. Suaminya beritahu bahawa banyak perubahan secara mendadak. Alhamdulillah. Boleh bangun subuh dan melakukan kerja rumah. Sedangkan selama ini tidak mampu, hanya terbaring saja. ALLAHHU AKHBAR

http://Wasap.m
LIKE & SHARE PAGE :
https://fb.me/rawatantradisionalislam

Dan LAYARI BLOG saya :
http://perubatanklang.blogspot.com

LOKASI : MERU, KLANG SELANGOR

Atau hubungi cawangan terdekat kami :

KLANG / SELANGOR
Tabib Ustaz Zainuddin :0176780372

IPOH
Tabib Ustaz Ferdaus : 0175085536

TELOK INTAN
Tabib Ustaz Firdaus : 0194449132

Sunday, October 20, 2019

JENIS SIHIR

Bismillahirrahmannirrahim...

-JENIS² SIHIR-

SIHIR ‘ADAMUL INJAB

Sihir ‘Adamul Injab (Sihir Mandul) ini telah terjadi sejak zaman Rasulullah SAW, masih hidup dan mulai hijrah ke Madinah. Seperti dikisahkan Ibn Katsir rahimahullah, saat itu ummat muslim bergembira atas kelahiran Ibn Az Zubair dgn selamat setelah sebelumnya kaum yahudi mengancam akan menyihir kaum muhajirin agar mereka xmemiliki keturunan, namun Allah membela hamba²Nya.

Jin suruhan tukang sihir biasanya bekerja memakan/merosak hormon lelaki / merosak janin  rahim wanita.

Ciri-Ciri Penderita Sihir ini:

-Keguguran berulang².

-Sakit berpanjangan disekitar rahim

-Xdapat keturunan setelah nikah bertahun² padahal doktor menyatakan suami-istri subur.

-Terdpt tanda² gangguan sihir dan jin pd istri.

SIHIR RABTH

Sihir Rabth (sihir Ikatan)
Kebiasanya terjadi pd wanita. Sang istri xboleh digauli suaminya dgn berbagai alasan yg tidak dikehendaki sang istri, dlm kondisi parah nafsu istri terkunci saat mahu melakukan hubungan suami istri.

Sihir ini juga boleh bekerja pd sistem penerima rangsang di otak, hingga mangsa xdpt menikmati hubungan suami istri / merasa hambar selama bertahun².
Sihir ini juga boleh bekerja dgn mbt wanita tiba² dtg haid ketika mahu berhubungan suami istri.

SIHIR NADZIF

Sihir Nadzif (sihir Pendarahan)
ini terjadi pd wanita. Ciri²nya ia sering mengalami pendarahan setelah darah haid yg rutin terhenti, kdg² smpi 1 bulan.
Cara kerja jin ini sangat jahat, ia masuk kedalam tubuh dan berjalan melalui darah seperti yg di sabdakan Rasulullah SAW.
Setelah jin mencapai rahim maka ia meloncat sehingga pembuluh darah pecah dan menimbulkan pendarahan.

Banyak pendarahan dan keguguran berulang / sakit ketika haid yg berlebihan dan sembuh dgn Ruqyah Syariyyah / jin yg mengganggunya keluar apabila diruqyah.

Rasulullah SAW, pernah bersabda ketika ditanya Himmah binti Jahsy tentang Istihadoh (pendarahan); “Sesungguhnya istihadoh itu adalah goncangan diantara goncangan² syaitan”.

SIHIR MARIDH

Sihir Maridh (Sakit)
Ini bekerja menyakiti terus menerus di salah 1 anggota tubuh, saraf, lumpuh di salah 1 organ tubuh dan x berfungsinya salah 1 pancaindra secara terus menerus bertahun².

Biasanya jin yg dikirim masuk ke dlm otak dan tinggal di saraf pusat, pendengaran, penglihatan / saraf² seperti kaki / tangan yg menyebabkan buta, lumpuh, tuli, dan bisu yg berterusan / pd waktu² tertentu.

SIHIR TA’THIIL AZ-ZAWWAAJ

Sihir ta’thiil az-zawwaaj
(Sihir penghalang Jodoh)
Ini bekerja menghalang jodoh baik dgn masuk ke dlm tubuh  mengintai dan mengubah pandangan setiap lelaki yg mendatanginya utk melamar.

Sihir ini juga mjd bahagian terbesar dlm terjadinya perceraian.Jika berjaya bernikah dgn pasangannya, rumah tangganya mjd x tenteram.

Ciri² korban sihir ini:

–migrain sepanjang waktu dan xsembuh dgn ubat²an.

-Apabila melihat lelaki terlihat seperti rupa buruk dan perangainya.

-Sesak nafas / rasa sesak di dada dari selepas asar hingga malam.

-Gelisah ketika tidur, insomnia,dan sakit di sekitar rahim.

-Banyak berfikir negatif.

SIHIR HAWATIF

Sihir Hawatif
(sihir bisikan)
Ini merupakan salah 1 penyebab penyakit kegilaan, jin² yg dikirim mengganggu pendengaran mangsa dgn bisikan sesuatu yg menakutkan / suara² og yg dikenali tp tidak ada.

 Ciri-Ciri Penderita Sihir ini:

-Sering mimpi menyeramkan, mimpi seseorg memanggil² namanya dan mimpi jatuh dari tempat tinggi.

-Mendgr suara² misteri yg seakan berckp² dgnnya dlm keadaan sedar / separuh sedar.

-Was² berlebihan
(terutama dlm berwudhu), ragu² dan curiga berlebihan terhadap org² yg sblmnya teramat disukai/dicintainya.

-Berdengung ditelinga.

SIHIR KHUMUL

Sihir Khumul
(sihir pengacau fikiran)
Bekerja dlm menganggu fikiran (otak) manusia, apabila dlm keadaan takut menyebabkan mangsa meracau kerana jin bersarang di otaknya.

 Ciri-Ciri Penderita Sihir ini:

-Suka menyendiri, benci  keramaian,sedih dan cemas berlebihan.

-Sakit dikepala terus menerus, biasanya selepas asar.

SIHIR MAHABBAH

Sihir Mahabbah
(Sihir Cinta)
Adalah semua sihir yg berkaitan dgn masalah cinta, slu dikenali sbgi sihir guna². Sihir ini bekerja utk terbitkan rasa cinta yg berlebihan terhadap mangsa.

Ciri-Ciri Penderita Sihir ini:

-Rasa cinta/tertarik/kerinduan berlebihan dan seksual ingin bertemu dan berhubungan seksual dgn si penyihir.

-Rasa sakit berpanjangan, seperti pening², sakit di bahu, hingga alergi yg luarbiasa.

-Rasa benci kpd semua org (lawan jenis) kecuali org yg menyihirnya.

SIHIR JALB WAT-TAHYIJ

Sihir Jalb wat-Tahyij
(sihir pengundang dan pengendali) Adalah sihir jahat yg mampu mengundang dan mengendalikan/mangsa utk berjalan ke rumah  penyihirnya.

 Ciri-Ciri Penderita Sihir ini:

-Rasa panas pd kemaluan / dada.

-Selalu terbayang wajah seseorg, memanggil² namanya dgn penuh kerinduan dan ada kekuatan yg mengendalikan/mengubah keinginannya utk berjalan menuju rumah penyihirnya.

-Perubahan emosi yg mendadak dan aneh dan agresif melawan pd suami sekiranya telah berkahwin.

-Menjadi liar (hypersex) jika x bertemu dgn si penyihir.

WARISAN TRADISIONAL  KLANG
Tabib Ustaz Zainuddin
017-6780372






HUKUM GUNA TANGKAL

Apakah hukum memakai takal menurut pandangan islam?

Tangkal (Tamimah) yang diamalkan oleh masyarakat Arab purba ialah amalan menggantungkan permata-permata atau manik-manik kepada kanak-kanak dan percaya ia dapat menghindarkan dari penyakit, menolak gangguan sihir dan membawa kebaikan.

Dalil-dalil yang mengharamkannya:

1. maksud hadis,”sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal dari permata) , maka Allah tidak akan menyempurnakannya (akan hajatnya), sesiapa yang menggantung wad’ah (tangkal berupa kulit-kulit kerang dari laut), maka Allah tidak memberi keamanan baginya” HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 154.

2. maksud al hadis,”sesiapa yang menggantung azimat, sesungguhnya ia telah melakukan syirik.” HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 156

3. maksud alhadis,”sesungguhnya azimat (jampi), tangkal, dan tiwalah (minyak pengasih) adalah syirik.” HR Ibn Majah, Jld 2, ms 1166 hadis no 3530.

Syarah/Penjelasan:

1. Sebab diharamkan benda-benda ini ialah kerana kita beriktikad (yakin) bahawa yang memberi mudharat dan manfa’at hanya Allah semata-mata. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain yang boleh memberi mudharat dan kebaikan maka aqidahnya telah sesat.
2. FirmanAllah,
” Jika Allah menimpakan sesuatu mudharat kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagimu, maka tiada yang dapat menolak kurniaan-Nya.” maksud ayat Surah Yunus:107

3. Furqan:3

4. anNaml: 65

5. alA’araf: 188
———————————-

Segolongan fuqaha’ mengharuskan tangkal dan azimat yang berbentuk ayat alQur’an:

1. al Khitobi (Fathul-Majid, ms 126)

2. Imam Ibn Hajar dalam fathul Bari: Tangkal itu harus jika menepati tiga perkara:
* ianya berbentuk ayat alQur’an
* dengan bahasa Arab
* i’tiqad bahawa tangkal tidak memberi kesan dengan sendiri melainkan dengan kuasa Allah jua.

Rumusan 1:

1. Menggunakan tangkal adalah kufur jika beriktiqad bahawa tangkal itu boleh memelihara dari kejahatan dan membawa kebaikan. (Fatwa Syaikh Atiyyah Saqar, Fatwa al-Azhar)

2. Tangkal dan azimat yang diperbuat selain ayat alQuran tidak boleh dibolehkan (fatwa Ibn Hajar)

PERUBATAN TRADISIONAL ISLAM
WARISAN TRADISIONAL KLANG

Tabib Ustaz Zainuddin
017-6780372




Thursday, October 17, 2019

PETANDA SAKA / SIHIR

PERUBATAN TRADISIONAL  ISLAM
:: Menggunakan kaedah  Tradisional Kampung::

TANDA-TANDA ANDA MEMPUNYAI GANGGUAN SAKA / SIHIR

 Jom cuba ikhtiar,

1. Sakit kepala selepas asar dan keatas.
2. Badan teras berat dan malas.
3. Sukar mendapat jodoh
4. Badan terasa bisa bisa
5. Sakit ketika menziarah orang meninggal
6. Sukar tidur malam
7. Sakit pinggang tanpa sebab
8. Sakit dada bila waktu asar keatas
9. Mimpi melihat binatang seperti ular atau sebagainya
10. Mimpikan bayi atau menyusukan bayi
11. Bermimpi di tempat yang tinggi
12. Bermimpi di tempat yang kotor
13. Sakit anggota tertentu seperti kai selepas waktu asar
14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit
15. Bayi kerap menangis
16. Suami isteri kerap bertengkar walalu perkara kecil
17. Sayang melampau lampau pada orang yang baru dikenali
18. Malas beribadat
19. Panas baran
20. Gelisah ketika mendengar ayay al-quran
21. Kerap keguguran
22. Mengantuk mendengar al-quran
23. Darah haid lebih 15hari
24. Selalu ditindih ketika tidur
25. Selalu melihat kelibat
26. Terasa diri selalu diperhatikan
27. Kerap mendengar bisikan
28. Gagal melakukan hubungan kelamin
29. Melihat jin secara terus
30. Bermimpi seram yang menakutkan.

Serta menyediakan Rawatan PEMAGARAN GHAIB RUMAH KEDIAMAN , KAWASAN & BANGUNAN

LOKASI : MERU, KLANG SELANGOR

Atau hubungi cawangan terdekat kami :

KLANG / SELANGOR 
Tabib Ustaz Zainuddin :0176780372

IPOH 
Tabib Ustaz Ferdaus : 0175085536

TELOK INTAN
Tabib Ustaz Firdaus : 0194449132

PERKHIDMATAN SCAN

TUJUAN : MENGENALPASTI GANGGUAN YANG ADA PADA BADAN PESAKIT

Tempoh : 30 minit / Lebih
MAHAR : RM50

Prosedur :

1. Perawat Scan Terlebih dahulu pesakit
2. Perawat menerangkan apa yang dilihat dari pandangan mata bathin
3. Perawat Mengambil Keterangan pesakit
4. Perawat menjelaskan kaitan scan tadi dengan masalah pesakit
5. Perawat menerangkan kaedah rawatan sesuai

HUBUNGI :

TABIB USTAZ ZAINUDDIN
017-6780372





Wednesday, October 16, 2019

BEDAH SIASAT PESAKIT

MENGENALPASTI PUNCA MASALAH PESAKIT MELALUI MEDIUM AYAM

Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini , hukum bedah siasat ke atas haiwan seperti tikus & katak apatah lagi manusia adalah DIHARUSKAN bagi tujuan perubatan , mengenalpasti masalah penyakit , untuk pembelajaran & kajian dan BUKAN sama sekali berniat untuk menyakitkan .

Antara kaedah tradisional yang kami gunakan bagi mengenalpasti masalah pesakit yang dihadapi adalah melalui MEDIUM AYAM yang mana pesakit akan menceritakan masalah sakit yang dihadapi kemudian guru kami iaitu TUAN GURU SHEKH BUYA SHAMSUDIN B HJ ISMAIL dengan ilmu & anugerah beliau dapat menarik penyakit dan masuk ke dalam ayam .

Ayam tersebut disembelih dengan cara islam kemudian Tuan Guru menerangkan punca masalah luaran dan dalaman pesakit .

Antara perkara yang diterangkan :
1. Tempat duduk saka dlm badan
2. Masalah organ yg dihadapi
3. Masalah sihir / saka
dan lain-lain ...

kos perubatan moden seperti MRI pun mencecah Rm4000 . tetapi kami tak semahal itu . hubungi kami utk tahu mahar yg ditetapkan ..

tempoh perubatan seperti ini memakan masa 1 jam

untuk tempah slot Rawatan ini sila hubungi saya :
LOKASI : MERU, KLANG SELANGOR

Atau hubungi cawangan terdekat kami :

KLANG / SELANGOR
Tabib Ustaz Zainuddin :0176780372

IPOH

Tabib Ustaz Ferdaus : 0175085536

TELOK INTAN

Tabib Ustaz Firdaus : 0194449132








HUKUM BEDAH SIASAT

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah telah memutuskan; “Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan."

Berikut adalah garis panduan yang saya ringkaskan dari laman web e-fatwa untuk melakukan bedah siasat menurut Islam:
  • Menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia.
  • Menyegerakan urusan bedah siasat mayat.
  • Kebenaran Waris
  • Melakukan bedah siasat dengan cermat (tidak kasar).
  • Melakukan bedah siasat mayat setakat yang diperlukan sahaja.
  • Menjaga aurat mayat.
  • Tidak menghina, mencemuh dan memaki mayat.
  • Mengambil langkah-langkah keselamatan.
  • Menguruskan mayat dan sampel kajian (organ atau tisu) selepas bedah siasat dengan sebaik-baiknya.
  • Tidak mengambil tisu atau organ mayat.
  • Orang yang dibenarkan hadir semasa bedah siasat mayat.
Semoga dengan pencerahan ini menjadikan kita sentiasa mendapat kefahaman Islam yang sebenarnya dan beroleh taufiq dan hidayat serta mardhatillah. Amin.


Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

7 April 2016 bersamaan 29 Jamadilakhir 1437H

HUKUM BEDAH BINATANG

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 414 (26 OKTOBER 2016 M / 25 MUHARRAM 1438 H)



SOALAN:

Assalam..betul ke ada hadis yang mengatakan haram membunuh katak?bagaimana pula jika katak dibunuh untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan?



JAWAPAN:



Waalaikumussalam wbt,

Aktiviti membedah katak dalam subjek sains ialah satu modul pembelajaran yang popular. Katak dibedah hidup-hidup setelah ditidurkan menggunakan bahan kimia untuk dipelajari rupa bentuk dan fungsi organ-organ dalamannya. Selain daripada katak, tikus juga digunakan dalam modul tersebut. Setelah dibedah, haiwan itu akan dimatikan dan dilupuskan.

Isu ini sebenarnya tidaklah disepakati dan turut mendatangkan kontroversi. Dalam perbahasan fiqh Islam, ulama berbeza pendapat tentang hukum membedah katak kepada dua golongan.

Golongan pertama:

Mereka mengharamkannya berdasarkan perbuatan membunuh katak kerana ada hadis yang melarang hal itu. Daripada Abdurrahman bin Uthman:

أَنَّ طَبِيبًا ذَكَرَ ضِفْدَعًا فِي دَوَاءٍ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَنَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِهِ

Maksudnya: Bahawa seorang perawat menyebut bahawa dia menggunakan katak dalam penyediaan ubatnya ketika dengan Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW menegahnya daripada membunuh katak.

Hadis riwayat al-Nasaie (4355), Abu Dawud (5269), Ahmad (15757), al-Darimi (2041), al-Hakim (5882) dan lain-lain.

Abdullah bin Amru RA juga pernah menyebut:

لَا تَقْتُلُوا الضَّفَادِعَ فَإِنَّ نَقِيقَهَا تَسْبِيحٌ

Maksudnya: Janganlah kamu membunuh katak-katak kerana sesungguhnya bunyinya itu ialah tasbih.

Hadis riwayat al-Baihaqi (19382) dalam Sunan al-Kubra. Al-Baihaqi berkata sanadnya sahih.

Justeru, hukumnya adalah haram untuk membunuh katak, begitu juga untuk membedahnya lalu mematikannya. Inilah pendapat rasmi Darul Ifta’ al-Misriyyah. Sebahagian lain menganggapnya dilarang tetapi makruh. Ini terdiri daripada ulama mazhab

Golongan kedua:

Golongan ini berpendapat bahawa membedah katak bagi tujuan pelajaran adalah harus kerana larangan membunuh katak adalah bersifat makruh sahaja. Justeru, keperluan dan maslahat pembelajaran yang diperolehi daripada membedah katak adalah lebih utama berbanding larangan membunuh katak. Kaedah fiqhiyyah menyatakan:

الْكَرَاهَةُ تَنْتَفِي بِأَدْنَى سَبَبٍ

Maksudnya: Perkara yang makruh itu ternafi hukumnya kerana wujudnya sebab yang terendah.

Rujuk Nihayah al-Muhtaj oleh Syeikh Ibn Ramli (3/38)

Kaedah lain dirujuk:

الكَرَاهَة تَزُول بالحَاجَة

Maksudnya: Perkara yang makruh dihilangkan hukumnya kerana perkara keperluan.

Rujuk Majmu al-Fatwa oleh Ibn Taimiyyah (21/610), dan al-Syarh al-Mumti oleh Ibn al-Utsaimin (1/119)

Ataupun hukumnya ialah haram, tetapi berdasarkan keperluan belajar maka ia jadi harus sekadar untuk keperluan belajar. Kaedah menyebut:

الحَاجَةُ تُنَزَّلُ مَنْزِلَةَ الضَّرُورَةِ

Maksudnya: Keperluan yang bersifat hajat itu mengambil tempat keperluan yang bersifat mendesak.

Rujuk al-Asybah wa al-Nazair oleh al-Suyuti (1/88)

مَا جَازَ لِحَاجَةٍ يتَقَدَّرُ بِقَدْرِهَا

Maksnyda: Apa yang diharuskan disebabkan hajat, hendaklah dilakukan berdasarkan kadar hajat itu sahaja.

Rujuk al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra oleh Ibn Hajar al-Asqalani (3/348)

Inilah pendapat Syeikh Ibn Utsaimin. Kami bersetuju dengan pendapat bahawa jika ada pengganti haiwan lain seperti tikus maka hendaklah digunakan pengganti itu dan tidak boleh menggunakan katak untuk keluar daripada khilaf.

Wallahua’lam.





Monday, October 14, 2019

3 JENIS MIMPI

Mimpi itu ada 3 jenis:-

1. Mimpi dari Allah S.W.T. 😀😀😀😀
          Mimpi yang Indah, Yang baik dan menggembirakan hati dan nurani.
           Kebiasaan mimpi yang baik adalah dari pengamalan doa, berwuduk serta mengikuti adab2 tidur yang baik.

Hadith:

Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada yang tinggal daripada kenabian melainkan membawa berita-berita yang menggembirakan”. Para sahabat bertanya, “Apakah pembawa berita yang gembira itu?” lalu Baginda pun bersabda, “iaitu mimpi yang baik (yang benar)”.


Huraian Hadith:

Antara mimpi yang dilalui oleh manusia adalah mimpi-mimpi benar yang melaluinya Allah memberitahu hambanya tentang apa yang akan berlaku sama ada kebaikan atau kejahatan, disebut berita gembira dalam hadith ini berdasarkan kebiasaan atau kebaikannya, kerana terdapat juga mimpi yang membawa berita buruk.
Tiada wahyu lagi selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Para nabi dan rasul Allah diutuskan untuk menyeru manusia supaya beriman kepada Allah SWT disamping memberitahu berita-berita yang diperolehi oleh manusia yang beriman dan bertaqwa di dunia dan di akhirat.
Mimpi yang baik dan benar itu salah satu daripada pernyataan yang diberikan oleh Allah kepada mana-mana hambanya yang Dia kehendaki.

(Hadith Riwayat al-Bukhari)

2.  Mimpi dari Syaitan/Jin/ Gangguan.🥵🥵🥵
           Mimpi yang menakutkan, seram,tempat kotor, najis, binatang berbisa seperti ular,anjing dan sebagainya. Terjun dari tempat yang tinggi. Kekerapan mimpi budak kecil, bayi serta menyusu budak.
            Kebiasaan mimpi2 sebegini disebabkan oleh ada gangguan serta tidak mengamalkan doa2 pelindung atau adab2 tidur yang baik.

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : الرُّؤْيَا مِنَ اللَّهِ ، وَالْحُلْمُ مِنَ الشَّيْطَانِ ، فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ شَيْئًا يَكْرَهُهُ ، فَلْيَنْفُثْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا ، فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ
“Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Mimpi yang baik datang dari Allah dan mimpi yang buruk datang dari setan. Apabila kamu bermimpi sesuatu yang kalian benci, meniuplah ke kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah dari bahaya kejahatannya, niscaya dia tidak akan membahayakan." (HR. Muslim)

3.  Mimpi disebabkan oleh Saikologi dan kekerapan berfikir.😖😖😖😓
             Mimpi ini berlaku disebabkan oleh penatnya otak kerana terlalu memikirkan hal2 yang berkaitan sehingga terbawa2 ke dalam mimpi ketika tidur atau rehat yang tidak cukup.

Rasulullah s.a.w. :

“Mimpi itu tiga jenis, mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah, mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.”

~~ Hadis riwayat Imam Muslim


LOKASI RAWATAN
 : MERU, KLANG SELANGOR

Atau hubungi cawangan terdekat kami :

KLANG / SELANGOR  Tabib Ustaz Zainuddin :0176780372

IPOH Tabib Ustaz Ferdaus : 0175085536

TELOK INTAN
Tabib Ustaz Firdaus : 0194449132

JIN UMMU SIBYAN ?

Apa Kerja Jin Ummu Sibyan?

Kerja dia tak lain tak bukan adalah mengganggu bayi yang baru lahir dan anak-anak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang hamil, jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata 1 yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak , Ummu Sibyan juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan...

Seperti yang di ceritakan dalam kisah jin, jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum wanita itu tidak mengandung...

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang tumbuh jin ini akan menendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua...

Sungguh mengerikan bukan? Bagaimana tandanya jika seorang bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan? Diantaranya adalah :
1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang keatas/sudut tertentu).
2. Anak-anak jatuh seakan-akan didorong.
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali.
4. Demam panas hanya setelah Asar sampai sebelum Subuh.
.
.
Akibat gangguan di atas akan mengakibatkan hal seperti ini :
1. Sawan tangis.
2. Autisme (over hiperaktif).
3. Nakal dan keras kepala.
4. Malas.
.
.
Tanda-tanda Wanita Hamil Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan :
1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar, yang mungkin berlangsung sampai tengah malam.
2) Kusut fikiran.
3) Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4) Mengigau ketika tidur.
5) Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
.
.
Cara Mengelak dari Gangguan Ummu Sibyan :
1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu Maghrib.
2) Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur diluar rumah pada waktu Maghrib (jemuran tak kering).
.
.
Cara mengatasi gangguan pada bayi/anak :
1) Meniarapkan bayi/anak jangan matanya melihat ke arah itu , baca ayat Qursi dan Surah 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis..
2) Halau dengan bahasa sendiri seperti "wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku"..

Walaubagaimana pun tidak semua kes keguguran itu kita boleh kaitkan dengan gangguan Ummu Sibyan semata2. Faktor kesihatan/fizikal/ stress yang melampau/ Pemakanan yg tidak sehat juga perlu di ambik kira. Jangan difinah Jin yg tidak berdosa👹👹👹. Amalkan gaya hidup sehat.😊😊😊 Dan Berdoa kepadaNya..

InsyaAllah dengan izin Allah,
Ummu Sibyan akan pergi...

LOKASI RAWATAN TRADISIONAL
 : MERU KLANG SELANGOR

Atau hubungi cawangan terdekat kami :

KLANG / SELANGOR  Tabib Ustaz Zainuddin :0176780372

IPOH Tabib Ustaz Ferdaus : 0175085536

TELOK INTAN
Tabib Ustaz Firdaus : 0194449132

http://rawattradisional.blogspot.com


PERIHAL SAKA

Ilmu saka jin (biasanya jin kapir lah)

الجِنُّ على ثَلَاثَةِ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ في الهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلَابٌ وَصِنْفٌ يَحِلُّوْنَ وَيَظْعَنُوْنَ

'Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara).. satu golongan pula berbentuk ular dan anjing.. manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.' (Riwayat al-Hakim)

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samaada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.

Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan dipertrunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup.. mereka telah bersahabat dan membela jin jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama nama seperti hantu raya.. pelesit.. pontianak.. polong dan lain lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah swt yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran.

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin.. maka jin jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang dengan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka.. Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.

Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah saw bersabda:

'Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara.. satu jenis yang berbentuk ular ular dan anjing anjing dan satu jenis yang berpindah randah.'

Jin yang berpindah randah seperti yang disebutkan itulah dikenali sebagai jenis jin yang menjadi saka.. disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat.. antaranya:

1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani.. Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi... Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.

2. Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.

3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami.

4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.

5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.

Saka berpindah sebaik saja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia.. jin saka tersebut tidak mempunyai perumah atau pembela maka ia mencari perumah atau pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.

Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:

Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati.. jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu.. jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan.. jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru.

Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.

"Iblis menjawab: 'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.'
Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh."
Iblis menjawab: 'Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat..  saya benar benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus............. - Surah al-a'raf: ayat 14-16

Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi jampi tertentu yang diambil dari si mati.
Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana mana barang tinggalan si mati.

Saka juga berpindah kepada anak cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.

Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka:

Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.

Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.

Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.

Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.

Anak cucu yang lemah.. fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.

Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenrk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah olah orang mengantuk disorongkan bantal.

Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah swt.

Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka

Gejala pada waktu tidur:

Susah tidur malam.. tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan.. malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.

Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

Mimpi melihat binatang seperti kucing.. anjing.. unta.. ular.. serigala.. tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular.. kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

Ketawa..menangis dan menjerit jerit ketika sedang tidur.

Berdiri dan berjalan ketika tidur.

Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

Mimpi berada di tempat sunyi.

Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

Mimpi melihat budak kecil

Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).

Mimpi melihat salib atau gereja.

Mimpi bertemu paderi.

Merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala pada waktu jaga:

Selalu pening.. para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.

Selalu lalai daripada mengingati Allah swt.

Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab.. orang gila digelar 'majnun'.

Sering lesu dan malas.

Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.

Lenguh di sendi sndi utama.

Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.

Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor mentakrifkannya sebagai kanser. Kanser juga berpunca daripada jin.

Terasa seolah olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.

Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.

Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.

Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.

Mudah marah dan panas baran.

Emosional dan terlalu sensitif.

Kesan Dan Akibat Daripada Saka:

Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak.

Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.

Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.

Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.

Sangat sensitif dan mudah terasa dengan katankata orang.

Kadangkala tahu perkara perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan iblis dan jin.

Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.

Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.

Rajin mengkafirkan orang lain.

Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.

Sekian

Wallahu'alam

RAHSIA KEMENYAN

RAHSIA KEMENYAN DALAM TAMADUN MELAYU

Oleh Hasanuddin Yusof

Seingat saya, ilmu tentang penggunaan kemenyan di Alam Melayu ini benar-benar saya perolehi dari lapangan. Saya masih belum jumpa lagi sumber rujukan bertulis.

1) Semasa saya melawat tukang membuat keris di selatan Thailand, beliau memberitahu saya bahawa antara sebab keris diasapkan dengan kemenyan selepas dicuci dengan limau ialah supaya air limau yang melekat pada bilah keris itu cepat kering selain untuk mewangikan keris.

Ini mengelakkan keris berkarat. Di samping itu, kemenyan yang mempunyai getah boleh membalut racun-racun yang disapu pada keris. Makanya, kemenyan dijadikan bahan anti karat.

2) Semasa saya menjejak tinggalan sejarah dan budaya di Kerinci, seorang tua memberitahu saya bahawa pada zaman dahulu di Kerinci, dinding masjid dan rumah akan kerap diasap dengan kemenyan untuk mencegah dari anai-anai. Kemudiannya asap kemenyan diletakkan di ruangan untuk menghalau nyamuk dan mewangikan ruangan. Makanya, kemenyan dijadikan bahan anti serangga.

3) Seorang pengamal perubatan tradisional pula pernah memberitahu saya bahawa tabib zaman dahulu akan membakar kemenyan ketika menjalankan rawatan supaya fikiran pesakit menjadi tenang memandangkan kemenyan adalah antara bahan pewangi pada ketika itu. Makanya, kemenyan digunakan sebagai aroma terapi.

Namun apabila sebahagian manusia menyalah gunakan asap kemenyan bagi tujuan khurafat dan tahyul, maka penggunaan kemenyan dalam masyarakat Melayu disalah ertikan. Dengan itu, kemenyan adalah antara mangsa 'pukul rata' atau generalisasi oleh masyarakat moden.

JIN TAKUT RUQIYYAH ?

MENGAPAKAH HANTU DAN JIN TIDAK TAKUT BILA DI BACAKAN RUQKIAH KEPADANYA.

Saya pernah ditanya seorang pesakit, mengapa semasa beliau di ruqyah hantu dan jin tidak merasa takut sedangkan ustaz yang meruqyah beliau telah membaca ayat suci Al-Quran dengan sempurna dan sedap di dengar?.

Dengan lembut saya menjawab kepada bekas pesakit sambil melihat anak murid saya, yang sebenarnya hantu dan jin tidak pernah takut dengan apa yang di baca tetapi mereka takut kepada orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah yang membacanya.

Manusia mungkin tak dapat mengesan iman dan takwa kita, kerana sering ditipu oleh mata sebab pakaian dan perwatakan. Tetapi hantu dan syaitan dapat merasakan kelebihan dari mereka yang bertakwa, sebab itulah mereka merasa gentar bila dibaca ayat suci Al-Quran.

GANGGUAN JIN

Sejak kebelakangan ini dok perati macam ramai orang... terutamanya perempuan datang ke pusat rawatan atau berjumpa perawat untuk mengenalpasti simptom atau satu masalah yang menganggu kehidupan dema... sehingga tidak dapat fokus kerja dan rutin harian dema.

Perubahan dema sering menjadi murung.. suka bersendirian.. hilang selera makan.. berasa letih.. dan sering sakit kepala.

Apabila menjalani rawatan yang menggunakan kaedah tertentu... telah dikenalpasti simptom yang menganggu dema adalah gangguan jin asyiq.

Jin asyik dikategorikan sebagai jin yang menyukai.. menyintai dan menjadikan manusia manusia tertentu sebagai idola.. pujaan atau kekasih dema.

Ada antara kes yang serius sehingga jin jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak anak jin... Haaaa buat muka kompius la tu sambil kata ye ke.. Kihkihkih

Mangsa mangsa terdiri dari pelbagai latarbelakang.. ada di antara mangsa ialah dema yang terkenal seperti artis artis pujaan.. wanita wanita yang suka bersolek berlebih lebihan dan yang suka mendedahkan aurat.. ada mangsa dikalangan orang biasa yang mempunyai sejarah bersaka.. ada juga dalam kalangan orang orang yang rajin beramal ibadat tanpa berguru.

Gangguan jin asyik ialah jin jantan telah jatuh cinta dan asyik kepada seseorang perempuan.. atau jin betina cinta kepada seorang lelaki...

Gangguan dari jin kepada manusia kadang kadang kerana hawa nafsu dan asyik 'jatuh cinta' sebagaimana ianya berlaku sesama manusia.

Gangguan jin asyik ini berpunca dari perbuatan dan perangai pemuda pemudi yang boleh merangsang nafsu syahwat jin. Sebagai contoh.. perempuan remaja yang menghadap cermin dalam keadaan berbogel.. tiba tiba tanpa disedarinya telah lalu jin melihat kecantikkan tubuh badannya. Ini akan membangkitkan nafsu syahwat jin tersebut.. sebagaimana manusia juga akan bergelora syahwat apabila melihat keadaan begitu.

Ia juga berlaku kepada pemuda yang rajin dok melakukan melancap.. akan menyebabkan jin betina yang kebetulan lalu situ akan merangsang nafsunya dan akan jatuh asyik kepadanya. Begitu juga ada perempuan hat jenis suka melancap pun.. Cari penyakit semua ni.

Jangan terperanjat jika dikatakan ahli ahli zikir kutip kutip.. jenis tak berguru juga perlu berhati hati.. kerana ada di antara jin jin asyik meminati mereka yang kuat berzikir jenis ni.. apatah lagi mereka yang mengaku sebagai ahli hakikat atau ahli makrifat google dan buku buku... perlu sangat banyak mengislah diri dan berwaspada.. kerana itulah apa jua pengalaman rohani dan kedapatan di dalam zikir perlu dirujuk kepada guru yang mursyid.. dikhuatiri jin jin yang suka menolong ini mengelirukan muma di alam ghaib dan alam rasa.. apatah lagi alam rahsia.

Perawat perawat juga tidak ketinggalan berkemungkinan menjadi idola kepada puak puak jin yang kagum dengan kejantanan muma bertarung dengan jin jin gangguan.. apatah lagi jika muma suka bersifat ria’ dan ‘ujub.

Kesimpulannya sesiapa sahaja boleh terdedah kepada masalah ini.

Kebiasaannya tahap tahap gangguan yang dihadapi adalah bergantung kepada diri diri itu sendiri. Kekuatan diri seseorang tidak sama diantara satu sama lain.. ada yang lemah dan ada yang kuat.

Kekuatan rohani yang lemah.. menyebabkan jin jin yang samseng ini membuli mangsa tersebut.. sehingga ke tahap menodai mangsa. Dema boleh tinggal dan mempengaruhi diri mangsa dalam kehidupan seharian sehingga kadar tujuh puluh peratus malahan boleh mencapai hingga sembilan puluh peratus.

Jika kekuatan diri bertahap sederhana.. kemungkinan jin jin asyik ini dapat mempengaruhi mental dan emosi. Ini boleh menyebabkan kehidupan seharian kadang kala terganggu.. apabila tubuh lemah emosi menjadi tidak stabil.. fikiran kusut dan tidak dapat fokus.

Kadang kala jin jin ini berjaya juga bermastautin di dalam tubuh badan mangsa.. seperti di kepala.. dada.. perut.. belikat dan lain lain tempat yang berkemungkinan.

Jika kekuatan diri atau rohani seseorang itu tinggi.. berkemungkinan jin jin asyik yang meminati dema adalah di kalangan jin jin yang beretika dan memahami hak hak asasi manusia.. oleh itu jin jin ini hanya memerhati dari jauh atau mengekori saja tanpa mengganggu kehidupan mangsa.

Kebanyakan kes kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah dema datang untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan.

Kebiasaannya ini disedari setelah pesakit sudah mula merasakan bahang bahang masalah dan gangguan yang menimpa mereka.

Tanda tanda gangguan jin asyik :

Selalu bermimpi melakukan hubungan seks. Perlu diingatkan disini.. mimpi seperti itu terbahagi kepada empat jenis :

Sampai umur Baligh : remaja yang bermimpi sehingga keluar air mani menunjukkan telah sampai umur Baligh.

Tenaga dalaman yang berlebihan: pemuda bujang yang tenaga berlebihan dari biasa akan bermimpi sehingga inzal.. tenaga itu akan keluar dan berkurangan serta menjadi seimbang.

Selalu memikirkan seks atau melihat perkara perkara yang merangsangkan seksnya: pemuda yang selalu memikirkan keseronokan seks atau melihat perkara yang merangsangkan seksnya sebelum tidur.. biasanya terbawa bawa di dalam mimpi sehingga inzal.

Mimpi akibat kiriman dari sejenis ilmu pengasehan : seseorang sebelum tidur mengirim setan ajmaun untuk mengantikan dirinya untuk membelai dan berkocak mangsa.. sehingga mangsa ketagihan lalu mencari pembuatnya atau mangsa tidak menolak bila pelaku tersebut mengajak untuk berasmara.

Kempat empat keadaan ini adalah mimpi.. yang tidak berlaku hubungan seks sebenarnya.. ianya hanyalah mainan perasaan. Sebab itulah selepas dia bangun dari mimpi itu.. dia tidak merasa letih kerana ianya berlaku hanya beberapa saat sahaja di alam mimpi.

Mimpi ini berlaku kepada manusia biasa.. mungkin setiap tidur.. sekali setiap minggu.. bulan atau tahun.. malahan ada yang bermimpi seperti itu sekali atau dua kali seumur hidupnya.

Mimpi yang berpunca dari gangguan jin asyik.

Ia berbeza dari keadaan mimpi di atas.. diantaranya :

Seseorang itu bermimpi tanpa sebab sebab yang lalu. Berlakunya hubungan seks di dalam mimpinya memakan masa yang akan lama.. lima sepuluh minit atau lebih. Apabila dia sedar dari mimpi.. akan terasa letih dan merasakan ianya benar benar berlaku.

Mimpi ini selalu datang.. kadang kadang dua.. tiga kali seminggu atau setiap hari.. malahan lebih teruk lagi bila terlelap saja bila bila masa dia akan bermimpi.

Merasakan seolah olah ada orang tidur disebelahnya.

Hilang nafsu ingin bernikah.

Hilang nafsu kepada perempuan atau lelaki.

Sekiranya dia telah berkahwin.. merasa tidak selesa dengan pasangannya terutama ketika mahu melakukan hubungan kelamin.

Apabila selesai melakukan hubungan kelamin dengan pasangannya.. merasa tidak puas dan merasa amat letih.

Cara hindari gangguan jin asyik

Sebagai ikhtiar supaya kita semua selamat dari gangguan jin asyik ini.. dinasihatkan:

Selalulah melazimkan diri.. supaya memulakan apa saja aktiviti dengan membaca doa terlebih dulu. Sekurang kurangnya dengan menyebut a'udzuballahi minasy syaithoni rojim. Terutamanya apabila hendak menanggalkan pakaian atau masuk ke dalam bilik air.

Lazimkan juga untuk membaca doa sebelum keluar rumah dan juga apabila hendak masuk ke dalam rumah.

Selalulah berwangian.. terutamanya wangian kasturi.. bidara.. atau gaharu. Lebih baik jika telah diruqyah.

Banyakkan berzikir kepada Allah dan selalulah memohon perlindungan kepadaNya.

Banyakkan berselawat kepada nabi saw. Semoga keberkatan selawat menghindari dari gangguan.

Bagi yang sudah berpasangan atau yang dalam proses mendapatkan jodoh..  jika sudah menemui pasangan yang sesuai.. nasihatkanlah kepada mereka agar bersabar dengan gangguan jin asyik yang sedang mengganggu. Nasihatkan juga kepada mereka agar melakukan perkara perkara di atas.

Mudah mudahan sedikit pencerahan dari ini memberi manafaat dan dapat mencegah supaya tidak menjadi mangsa gangguan jin asyik.

Ommak aiii panjangnya.. Larat ka muma baca.. Hihihi

Wallahualam



HADIS BERKAITAN PERUBATAN

13 Hadis Rasulullah SAW berkaitan rawatan dan penyakit peribadi rasulullah s.a.w

1. Mereka bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kami berobat?” Beliau menjawab, “Ya, wahai hamba-hamba Allah. Sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit yaitu penyakit ketuaan (pikun)”. (HR. Ashabussunnah)

2. Allah menurunkan penyakit dan menurunkan pula obatnya, diketahui oleh yang mengetahui dan tidak akan diketahui oleh orang yang tidak mengerti. (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Barangsiapa mengobati sedang dia tidak dikenal sebagai ahli pengobatan maka dia bertanggung jawab. (HR. Ibnu Majah)

4. Apabila terjadi dalam satu negeri suatu wabah penyakit dan kamu di situ janganlah kamu ke luar meninggalkan negeri itu. Jika terjadi sedang kamu di luar negeri itu janganlah kamu memasukinya. (HR. Bukhari)

5. Wafat karena wabah adalah mati syahid. (HR. Bukhari)

Penjelasan:
Tentu tidak setingkat dengan gugur di jalan Allah.

6. Janganlah orang sakit mengunjungi orang sehat. (HR. Bukhari dan Muslim)

7. Sebaik-baik menjenguk orang sakit adalah berdiri sebentar (tidak berlama-lama) dan ta’ziah (melayat ke rumah duka) cukup sekali saja. (HR. Ad-Dailami)

8. Allah tidak menjadikan penyembuhanmu dengan apa yang diharamkan atas kamu. (HR. Al-Baihaqi)

Penjelasan:
Yang haram tidak dapat dijadikan obat untuk menyembuhkan penyakit.

9. Apabila seorang yang sakit dari kamu menginginkan sesuatu makanan berikanlah. (HR. Ibnu Majah)

10. Mohonlah kepada Allah keselamatan dan afiat (kesehatan). Sesungguhnya tiada sesuatu pemberian Allah sesudah keyakinan (iman) lebih baik daripada kesehatan. (HR. Ibnu Majah)

11. Larilah dari penderita lepra sebagaimana kamu lari dari harimau. (HR. Bukhari)

12. Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan sesuatu kebaikan maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hambaKu pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sehat.” (HR. Abu Hanifah)

13. Rasulullah Saw ditanya tentang azal (mengeluarkan air mani diluar kemaluan istri). Beliau lalu menjawab, “Lakukanlah yang kamu pandang baik dan apa yang telah ditakdirkan Allah pasti akan terjadi, dan bukan kepastian bahwa dari tiap air mani dapat terjadi anak. “(HR. Al Hakim)

SEBARANG TEMUJANJI RAWATAN HUBUNGI CAWANGAN BERDEKATAN :


LOKASI : MERU, KLANG SELANGOR

Atau hubungi cawangan terdekat kami :

KLANG / SELANGOR  Tabib Ustaz Zainuddin :0176780372

IPOH Tabib Ustaz Ferdaus : 0175085536

TELOK INTAN
Tabib Ustaz Firdaus : 0194449132


http://rawattradisional.blogspot.com

KESAN SAKA DALAM TUBUH

Innalillah wainna ilaihi rojiun. Allahhu Akhbar.
Bukan kes pertama, kes yang ke 32 (meninggal setelah dibuang SAKA).
Menerima berita kematian pesakit. Arwah datang dalam keadaan boleh berjalan dan bersembang. Tapi ada simpton sakit tertentu (rahsia). Setelah di periksa ianya ialah SAKA. Kemudian arwah dirawat dengan membuang SAKA. Walaupun anaknya memaklumkan bahawa sebelum ini dah banyak kali pergi jumpa perawat untuk buang. Tapi simptom tetap sama. MUNGKIN TAK SERASI (ayat basa basi). Setelah kami mebantu arwah membuang SAKA, 3 hari kemudian anaknya memaklumkan bahawa arwah terus lumpuh dan nazak setelah habis mandi limau yang  dibekalkan untuk 3 hari. Kemudian anaknya meminta supaya dibuatkan air penawar susulan. Akhirnya Allah swt memudahkan urusan arwah. Semoga arwah dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang beriman. Aamiin.

Mungkin anda masih sihat. Tapi SAKA sentiasa bersama anda. Menunggu saat dan ketika yang tepat untuk menjadikan ada seorang pesakit kronik seperti :
1.   Kanser otak
2.   Kanser hati
3.   Kanser perut
4.   Kanser usus
5.   Kanser kulit
6.   Kanser tulang
7.   Kanser rahim
8.   Mandul
9.   Sering keguguran
10. Migrain
11. Panas baran
12. Suka maksiat
13. Malas ibadah
14. Gila ( mendengar bisikan/melihat)
15. Pembuat fitnah (saka gelak melihat permusuhan)
16. Pendengki sesama adik beradik
17. Dibenci orang
18. Dan banyak lagi...

Antara simptom SAKA :

silalah berjumpa dengan perawat untuk maklumat lanjut... supaya segala persoalan anda dijawab dengan tepat. In shaa Allah.
Berubatlah, sebelum terlambat.
Pesanan ini disampai oleh  Ahli Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Warisan Tradisional Malaysia.

SEBARANG TEMUJANJI RAWATAN HUBUNGI CAWANGAN BERDEKATAN :

LOKASI : MERU, KLANG SELANGOR

Atau hubungi cawangan terdekat kami :

KLANG / SELANGOR  Tabib Ustaz Zainuddin :0176780372

IPOH Tabib Ustaz Ferdaus : 0175085536

TELOK INTAN
Tabib Ustaz Firdaus : 0194449132



http://rawattradisional.blogspot.com