Monday, October 14, 2019

GANGGUAN JIN

Sejak kebelakangan ini dok perati macam ramai orang... terutamanya perempuan datang ke pusat rawatan atau berjumpa perawat untuk mengenalpasti simptom atau satu masalah yang menganggu kehidupan dema... sehingga tidak dapat fokus kerja dan rutin harian dema.

Perubahan dema sering menjadi murung.. suka bersendirian.. hilang selera makan.. berasa letih.. dan sering sakit kepala.

Apabila menjalani rawatan yang menggunakan kaedah tertentu... telah dikenalpasti simptom yang menganggu dema adalah gangguan jin asyiq.

Jin asyik dikategorikan sebagai jin yang menyukai.. menyintai dan menjadikan manusia manusia tertentu sebagai idola.. pujaan atau kekasih dema.

Ada antara kes yang serius sehingga jin jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak anak jin... Haaaa buat muka kompius la tu sambil kata ye ke.. Kihkihkih

Mangsa mangsa terdiri dari pelbagai latarbelakang.. ada di antara mangsa ialah dema yang terkenal seperti artis artis pujaan.. wanita wanita yang suka bersolek berlebih lebihan dan yang suka mendedahkan aurat.. ada mangsa dikalangan orang biasa yang mempunyai sejarah bersaka.. ada juga dalam kalangan orang orang yang rajin beramal ibadat tanpa berguru.

Gangguan jin asyik ialah jin jantan telah jatuh cinta dan asyik kepada seseorang perempuan.. atau jin betina cinta kepada seorang lelaki...

Gangguan dari jin kepada manusia kadang kadang kerana hawa nafsu dan asyik 'jatuh cinta' sebagaimana ianya berlaku sesama manusia.

Gangguan jin asyik ini berpunca dari perbuatan dan perangai pemuda pemudi yang boleh merangsang nafsu syahwat jin. Sebagai contoh.. perempuan remaja yang menghadap cermin dalam keadaan berbogel.. tiba tiba tanpa disedarinya telah lalu jin melihat kecantikkan tubuh badannya. Ini akan membangkitkan nafsu syahwat jin tersebut.. sebagaimana manusia juga akan bergelora syahwat apabila melihat keadaan begitu.

Ia juga berlaku kepada pemuda yang rajin dok melakukan melancap.. akan menyebabkan jin betina yang kebetulan lalu situ akan merangsang nafsunya dan akan jatuh asyik kepadanya. Begitu juga ada perempuan hat jenis suka melancap pun.. Cari penyakit semua ni.

Jangan terperanjat jika dikatakan ahli ahli zikir kutip kutip.. jenis tak berguru juga perlu berhati hati.. kerana ada di antara jin jin asyik meminati mereka yang kuat berzikir jenis ni.. apatah lagi mereka yang mengaku sebagai ahli hakikat atau ahli makrifat google dan buku buku... perlu sangat banyak mengislah diri dan berwaspada.. kerana itulah apa jua pengalaman rohani dan kedapatan di dalam zikir perlu dirujuk kepada guru yang mursyid.. dikhuatiri jin jin yang suka menolong ini mengelirukan muma di alam ghaib dan alam rasa.. apatah lagi alam rahsia.

Perawat perawat juga tidak ketinggalan berkemungkinan menjadi idola kepada puak puak jin yang kagum dengan kejantanan muma bertarung dengan jin jin gangguan.. apatah lagi jika muma suka bersifat ria’ dan ‘ujub.

Kesimpulannya sesiapa sahaja boleh terdedah kepada masalah ini.

Kebiasaannya tahap tahap gangguan yang dihadapi adalah bergantung kepada diri diri itu sendiri. Kekuatan diri seseorang tidak sama diantara satu sama lain.. ada yang lemah dan ada yang kuat.

Kekuatan rohani yang lemah.. menyebabkan jin jin yang samseng ini membuli mangsa tersebut.. sehingga ke tahap menodai mangsa. Dema boleh tinggal dan mempengaruhi diri mangsa dalam kehidupan seharian sehingga kadar tujuh puluh peratus malahan boleh mencapai hingga sembilan puluh peratus.

Jika kekuatan diri bertahap sederhana.. kemungkinan jin jin asyik ini dapat mempengaruhi mental dan emosi. Ini boleh menyebabkan kehidupan seharian kadang kala terganggu.. apabila tubuh lemah emosi menjadi tidak stabil.. fikiran kusut dan tidak dapat fokus.

Kadang kala jin jin ini berjaya juga bermastautin di dalam tubuh badan mangsa.. seperti di kepala.. dada.. perut.. belikat dan lain lain tempat yang berkemungkinan.

Jika kekuatan diri atau rohani seseorang itu tinggi.. berkemungkinan jin jin asyik yang meminati dema adalah di kalangan jin jin yang beretika dan memahami hak hak asasi manusia.. oleh itu jin jin ini hanya memerhati dari jauh atau mengekori saja tanpa mengganggu kehidupan mangsa.

Kebanyakan kes kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah dema datang untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan.

Kebiasaannya ini disedari setelah pesakit sudah mula merasakan bahang bahang masalah dan gangguan yang menimpa mereka.

Tanda tanda gangguan jin asyik :

Selalu bermimpi melakukan hubungan seks. Perlu diingatkan disini.. mimpi seperti itu terbahagi kepada empat jenis :

Sampai umur Baligh : remaja yang bermimpi sehingga keluar air mani menunjukkan telah sampai umur Baligh.

Tenaga dalaman yang berlebihan: pemuda bujang yang tenaga berlebihan dari biasa akan bermimpi sehingga inzal.. tenaga itu akan keluar dan berkurangan serta menjadi seimbang.

Selalu memikirkan seks atau melihat perkara perkara yang merangsangkan seksnya: pemuda yang selalu memikirkan keseronokan seks atau melihat perkara yang merangsangkan seksnya sebelum tidur.. biasanya terbawa bawa di dalam mimpi sehingga inzal.

Mimpi akibat kiriman dari sejenis ilmu pengasehan : seseorang sebelum tidur mengirim setan ajmaun untuk mengantikan dirinya untuk membelai dan berkocak mangsa.. sehingga mangsa ketagihan lalu mencari pembuatnya atau mangsa tidak menolak bila pelaku tersebut mengajak untuk berasmara.

Kempat empat keadaan ini adalah mimpi.. yang tidak berlaku hubungan seks sebenarnya.. ianya hanyalah mainan perasaan. Sebab itulah selepas dia bangun dari mimpi itu.. dia tidak merasa letih kerana ianya berlaku hanya beberapa saat sahaja di alam mimpi.

Mimpi ini berlaku kepada manusia biasa.. mungkin setiap tidur.. sekali setiap minggu.. bulan atau tahun.. malahan ada yang bermimpi seperti itu sekali atau dua kali seumur hidupnya.

Mimpi yang berpunca dari gangguan jin asyik.

Ia berbeza dari keadaan mimpi di atas.. diantaranya :

Seseorang itu bermimpi tanpa sebab sebab yang lalu. Berlakunya hubungan seks di dalam mimpinya memakan masa yang akan lama.. lima sepuluh minit atau lebih. Apabila dia sedar dari mimpi.. akan terasa letih dan merasakan ianya benar benar berlaku.

Mimpi ini selalu datang.. kadang kadang dua.. tiga kali seminggu atau setiap hari.. malahan lebih teruk lagi bila terlelap saja bila bila masa dia akan bermimpi.

Merasakan seolah olah ada orang tidur disebelahnya.

Hilang nafsu ingin bernikah.

Hilang nafsu kepada perempuan atau lelaki.

Sekiranya dia telah berkahwin.. merasa tidak selesa dengan pasangannya terutama ketika mahu melakukan hubungan kelamin.

Apabila selesai melakukan hubungan kelamin dengan pasangannya.. merasa tidak puas dan merasa amat letih.

Cara hindari gangguan jin asyik

Sebagai ikhtiar supaya kita semua selamat dari gangguan jin asyik ini.. dinasihatkan:

Selalulah melazimkan diri.. supaya memulakan apa saja aktiviti dengan membaca doa terlebih dulu. Sekurang kurangnya dengan menyebut a'udzuballahi minasy syaithoni rojim. Terutamanya apabila hendak menanggalkan pakaian atau masuk ke dalam bilik air.

Lazimkan juga untuk membaca doa sebelum keluar rumah dan juga apabila hendak masuk ke dalam rumah.

Selalulah berwangian.. terutamanya wangian kasturi.. bidara.. atau gaharu. Lebih baik jika telah diruqyah.

Banyakkan berzikir kepada Allah dan selalulah memohon perlindungan kepadaNya.

Banyakkan berselawat kepada nabi saw. Semoga keberkatan selawat menghindari dari gangguan.

Bagi yang sudah berpasangan atau yang dalam proses mendapatkan jodoh..  jika sudah menemui pasangan yang sesuai.. nasihatkanlah kepada mereka agar bersabar dengan gangguan jin asyik yang sedang mengganggu. Nasihatkan juga kepada mereka agar melakukan perkara perkara di atas.

Mudah mudahan sedikit pencerahan dari ini memberi manafaat dan dapat mencegah supaya tidak menjadi mangsa gangguan jin asyik.

Ommak aiii panjangnya.. Larat ka muma baca.. Hihihi

Wallahualam



No comments:

Post a Comment