Wednesday, October 16, 2019

HUKUM BEDAH SIASAT

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah telah memutuskan; “Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan."

Berikut adalah garis panduan yang saya ringkaskan dari laman web e-fatwa untuk melakukan bedah siasat menurut Islam:
  • Menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia.
  • Menyegerakan urusan bedah siasat mayat.
  • Kebenaran Waris
  • Melakukan bedah siasat dengan cermat (tidak kasar).
  • Melakukan bedah siasat mayat setakat yang diperlukan sahaja.
  • Menjaga aurat mayat.
  • Tidak menghina, mencemuh dan memaki mayat.
  • Mengambil langkah-langkah keselamatan.
  • Menguruskan mayat dan sampel kajian (organ atau tisu) selepas bedah siasat dengan sebaik-baiknya.
  • Tidak mengambil tisu atau organ mayat.
  • Orang yang dibenarkan hadir semasa bedah siasat mayat.
Semoga dengan pencerahan ini menjadikan kita sentiasa mendapat kefahaman Islam yang sebenarnya dan beroleh taufiq dan hidayat serta mardhatillah. Amin.


Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

7 April 2016 bersamaan 29 Jamadilakhir 1437H

No comments:

Post a Comment