🔥 RISIKO SEORANG MU'ALLIJ (PERAWAT) YANG MESTI DIFAHAMI 🔥
Perlu diketahui dan difahami bahawa setiap rawatan yang dilakukan oleh seorang perawat perubatan Islam, mempunyai risiko tertentu yang perlu ditanggung oleh mereka. Antara risiko yang biasa ditanggung ialah:
1) Permusuhan berterusan dengan tukang-tukang sihir dan sekutu-sekutu mereka. Perkara ini berlaku, apabila perawat dianggap mengganggu mereka memuaskan hati pelanggan mereka seterusnya menjadikan perawat tersebut musuh mereka yang perlu dihapuskan. Biasanya permusuhan ini akan berterusan selama bertahun-tahun bahkan ada yang sampai akhir hayat.
2) Kesan-kesan sihir adakalanya terkesan kepada ahli keluarga perawat, khususnya yang lemah semangatnya.
3) Berhadapan dengan dendam jin-jin jahat yang terlibat. Contohnya, ahli keluarga jin yang dibunuh atau terbunuh. Ini berlaku dalam kes saka, jin asyiq, atau jin pendamping. Disamping itu, kes pemindahan penempatan jin atau rumah ibadah mereka juga sering kali berhadapan dengan masalah ini.
4) Perawat yang telah diuji dengan permusuhan tukang-tukang sihir adakalanya menjadi lemah. Dan bila keadaannya lemah, sihir-sihir yang dihantar juga boleh terkena kepada dirinya dan mengakibatkan sakit atau menanggung kesan-kesan sihir yang dihantar. Ada perawat yang lumpuh, buta dan ada juga yang mati kerana terkena sihir yang dihantar.
Semua perkara di atas tidak dialami oleh doktor klinik moden atau hospital. Tetapi ianya dialami oleh perawat perubatan Islam. Justeru, bayaran yang dikenakan adalah wajar berdasarkan risiko yang bakal ditanggung oleh seorang perawat.
Perkara ini dijelaskan kerana kurangnya kefahaman pesakit mahupun orang awam yang lain betapa risiko yang dihadapi oleh perawat-perawat Islam sehingga mereka memandang lekeh/remeh tugas perawat perubatan Islam dan merasa tidak wajar bagi perawat untuk meminta bayaran dari rawatan yang diberikan.
Mentaliti yang menganggap perawat tidak wajar mengambil upah rawatan kerana perlu ikhlas perlu diperbetulkan. Ini kerana para ustaz dan ustazah juga merupakan manusia biasa yang memerlukan perbelanjaan diri dan keluarga seperti halnya orang awam yang lain. lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan risiko besar demi membantu seorang pesakit.
Sesungguhnya apa yang diinfaqkan untuk rawatan pahalanya kembali kepada orang yang menginfaqkan tersebut dengan syarat diikhlaskan kerana Allah semata-mata.
Sedekah itu menjemput kesembuhan.
PUSAT RAWATAN
WARISAN TRADISIONAL ISLAM
CAWANGAN KLANG
017-6780372
http://rawattradisional.blogspot.com
No comments:
Post a Comment