Sunday, October 20, 2019

HUKUM GUNA TANGKAL

Apakah hukum memakai takal menurut pandangan islam?

Tangkal (Tamimah) yang diamalkan oleh masyarakat Arab purba ialah amalan menggantungkan permata-permata atau manik-manik kepada kanak-kanak dan percaya ia dapat menghindarkan dari penyakit, menolak gangguan sihir dan membawa kebaikan.

Dalil-dalil yang mengharamkannya:

1. maksud hadis,”sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal dari permata) , maka Allah tidak akan menyempurnakannya (akan hajatnya), sesiapa yang menggantung wad’ah (tangkal berupa kulit-kulit kerang dari laut), maka Allah tidak memberi keamanan baginya” HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 154.

2. maksud al hadis,”sesiapa yang menggantung azimat, sesungguhnya ia telah melakukan syirik.” HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 156

3. maksud alhadis,”sesungguhnya azimat (jampi), tangkal, dan tiwalah (minyak pengasih) adalah syirik.” HR Ibn Majah, Jld 2, ms 1166 hadis no 3530.

Syarah/Penjelasan:

1. Sebab diharamkan benda-benda ini ialah kerana kita beriktikad (yakin) bahawa yang memberi mudharat dan manfa’at hanya Allah semata-mata. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain yang boleh memberi mudharat dan kebaikan maka aqidahnya telah sesat.
2. FirmanAllah,
” Jika Allah menimpakan sesuatu mudharat kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagimu, maka tiada yang dapat menolak kurniaan-Nya.” maksud ayat Surah Yunus:107

3. Furqan:3

4. anNaml: 65

5. alA’araf: 188
———————————-

Segolongan fuqaha’ mengharuskan tangkal dan azimat yang berbentuk ayat alQur’an:

1. al Khitobi (Fathul-Majid, ms 126)

2. Imam Ibn Hajar dalam fathul Bari: Tangkal itu harus jika menepati tiga perkara:
* ianya berbentuk ayat alQur’an
* dengan bahasa Arab
* i’tiqad bahawa tangkal tidak memberi kesan dengan sendiri melainkan dengan kuasa Allah jua.

Rumusan 1:

1. Menggunakan tangkal adalah kufur jika beriktiqad bahawa tangkal itu boleh memelihara dari kejahatan dan membawa kebaikan. (Fatwa Syaikh Atiyyah Saqar, Fatwa al-Azhar)

2. Tangkal dan azimat yang diperbuat selain ayat alQuran tidak boleh dibolehkan (fatwa Ibn Hajar)

PERUBATAN TRADISIONAL ISLAM
WARISAN TRADISIONAL KLANG

Tabib Ustaz Zainuddin
017-6780372




No comments:

Post a Comment